Saya mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi dari Universiti Malaysia, Sabah (UMS). Latihan industri di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak ini amat bermakna untuk saya kerana ini adalah pengalaman pertama saya bekerja.
Semasa latihan industri saya, saya diletakkan di bahagian makmal Biologi Molekul. Pada mulanya saya, bidang biologi molekul agak asing buat saya kerana di UMS, saya membuat kultur tisu tumbuhan untuk projek tahun berakhir. Namun begitu, saya mengambil ini sebagai satu cabaran buat diri saya dalam mempelajari sesuatu yang baharu.