Testimoni oleh Ignatius John

Photo of Igantius JohnPengalaman bekerja di SBC adalam masa yang amat bernilai dimana saya dapat mengenal pasti apa yang saya inginkan di masa hadapan. Saya dapat melibatkan diri dalam bidang yang sememangnya pilihan dan minat saya.

Selama latihan di SBC, saya diletakkan di makmal Penyediaan Tumbuhan, Pengekstrakan dan Analisis Kimia. Sekarang saya sudah memahami prosedur-prosedur asas dalam menerima tumbuhan-tumbuhan yang dikumpul dari hutan dan bagaimana hendak menyediakannya sebelum diekstrak di dalam makmal.

di dalam makmal Pengekstrakan, saya telah mempelajari bagaimana melakukan pengekstrakan tumbuhan menggunakan pelarut, penyulingan Clevenger dana banyak proses lagi.

Di makmal Kimia Analisis pula, saya diberi peluang untuk menggunakan GCMS dan mempelajari bagaimana langkah kerja HPLC dan proses-proses lain.

Saya jangka akan memperolehi lebih banyak pengetahuan dan pengalamandi SBC semasa latihan industri saya di sini kerana saya juga akan diletakkan di makmal Mikrobiologi dan Biologi Molekul.

Pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang saya perolehi dari latihan industri dalam makmal-makmal SBC ini sudah pastinya amat berguna dalam menyelesaikan projek pengujian antimikrobial untuk Ijazah Sarjana Muda dalam Industri Kimia dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Image

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami melalui kontak tertera:

KM20, Jalan Borneo Heights, Semengoh, 93250 Kuching, Sarawak, Malaysia.
+6082610610

Maklumat Lanjut

Perkhidmatan Atas Talian

Terma

Pautan Berguna