Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) menganjur dan menerima lawatan kesedaran dan penghargaan yang disasarkan kepada sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi, organisasi-organisasi kerajaan dan bukan kerajan, persatuan-persatuan dan lain-lain golongan-golongan penting yang tertentu.
Lawatan kesedaran dan penghargaan ke SBC merangkumi taklimat berkaitan fungsi-fingsi dan peranan-peranan SBC dan juga lawatan di kemudahan-kemudahan penyelidikan serta Taman Etnobotanikal Laila Taib.
Kepada sesiapa yang bercadang hendak melawat pusat ini haruslah menyertakan butiran seperti berikut:
- Pengenalan atau latar belakang kumpulan yang akan melawat pusat ini
- Objektif lawatan
- Cadangan tarikh dan masa lawatan (amat digalakkan sekiranya mencadang 3 tarikh alternatif)
- Bilangan orang di dalam kumpulan tersebut (jumlah maksimum untuk satu kumpulan adalah 40 orang)
- Individu untuk dihubungi serta butiran beliau
Butiran-butiran tersebut haruslah ditujukan kepada:
Ketua Pegawai Eksekutif
Pusat kepelbagaian Biologi Sarawak
KM20, Jalan Borneo Heights, Semengoh
Locked bag No.3032
93990 Kuching, Sarawak
Tel: +6 082 610610 Faks:+6 082 611535
Emel:
Untuk keterangan lanjut bagi lawatan kesedaran dan penghargaan SBC, sila hubungi Puan Nurulliza Murtadza atau Puan Constance Vanessa Victor di talian +6 082 610610 atau melalui email yang tertera di atas.