Pengenalan
Pusat Produk Semulajadi Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) mempunyai koleksi produk-produk semulajadi yang dikumpul secara sistematik dari hutan hujan Sarawak. Terletak di kepulauan Borneo, hutan hujan Sarawak adalah salah satu daripada hutan hujan tertua di dunia yang kaya dengan kepelbagaian biologi.
Pusat Produk Semulajadi SBC memperolehi koleksi eksklusifnya dari spesis unik tumbuhan hutan hujan yang asli dan mikroorganisma dari sampel-sampel alam sekitar termasuklah fungus "endophytic", "actinomycetes" and alga.
Dari sumber hutan hujan yang asli ini, SBC mampu membekalkan sebuah pusat produk semulajadi yang pelbagai dari hutan hujan Sarawak untuk penemuan-bio dan penyelidikan melalui perjanjian dan kolaborasi.
Kelebihan Kami
Unik
Tumbuhan dan sampel mikrob yang unik dan eksklusif dari hutan hujan Sarawak.
Pelbagai
koleksi produk semulajadi yang pelbagai. SBC mengumpul sampel dari pelbagai bentuk geografi dalam hutan hujan Sarawak termasuklah kawasan tanah tinggi, hutan kawasan tanah rendah, paya, kolam air panas dan gua serta sampel marin di perairan Sarawak.
Sistematik
Sampel yang dipungut didokementasi secara sistematik. Geo-tagging, kod bar serta identifikasi molekul serta spesimen herbarium membolehkan pungatan semula yang cepat dan pembekalan yang mencukupi.
Sentiasa Meningkat
Koleksi produk semulajadi ini sentiasa bertambah dan pengekstrakan terpilih untuk mengembangkan Pusat Produk Semulajadi SBC.
Ekstrak Tumbuhan | Ekstrak Mikrob | Jujukan Alga | Minyak Pati |
26,357 | 29,755 | 653 | 549 |