Trek Alam Semulajadi SBC

Trek Alam Semulajadi SBC

Trek Selatan (Penemuan)

Hutan di trek selatan dapad dibahagikan kepada dua seksyen. Bentuk muka bumi di bahagian pertama hingga ke meter yang ke-190 agak rendah dan rata. Kehadiran banyak spesis-spesis sekunder menunjukkan hutan ini telah diratakan sebahagian daripadanya pada masa yang lepas serta terdapat gangguan tambahan yang disebabkan pokok-pokok yang tumbang. Dipterocarps agak jarang termasuk engkabang bintang (Shorea pinanga) dan engkabang rusa (Shorea stenoptera) yang ditanam oleh Jabatan Hutan pada lebih kurang 60 tahun yang lalu. Dua spesis ini berbunga sebanyak dua kali beberapa tahun yang lalu, dan yang terbaru adalah pada punghujung tahun 2014. Anak-anak pokok yang pandat masih dapat dilihat di lantai hutan.

Seksyen kedua melimpasi hutan campuran Dipterocarps melalui bukit kecil dari meter ke-190 hingga ke penghujung trek. Gangguan yang lepas mungkin berlaku disebabkan pembalakan dan kutipan hasil-hasil hutan. Terdapat banyak pokok-pokok bersaiz komersil masih kelihatan seperti spesis meranti, durian, gaharu, empili dan lain-lain.

Trek Utara (Ekologi)

Trek ini melimpasi hutan sekunder tanah rendah yang tua melalui cerun yang rendah di sebelah kiri hutan alluvial dan dataran yang rata disebelah kanan. Gangguan di dalam hutan ini adalah disebabkan penanaman pokok dan rotan di masa lalu dan kerosakan semulajadi adalah diakibatkan oleh pokok-pokok tumbang dan mati.

Hutan ini dipanggil hutan alluvial kerana ia tubuh di tanah aluvium. Tanah ini terdiri daripada pasir dan tanah liat yang dibawa oleh hujan lebat dan banjir kilat, basah dan menakung air. Hutan ini dipanggil hutan emperan dalam Bahasa Iban dan biasa ditemui di kawasan yang dilanda banjir di dalam Sarawak. Hutan alluvial yang terluas boleh dijumpai di Taman Negara Gunung Mulu di Ulu Batang Tutoh, Bahagian Miri. Disebabkan tanahnya yang kaya dan lokasi yang berhampiran dengan sungai, hutan ini telah dibersihkan untuk pertanian dan penempatan oleh ramai masyarakat luar bandar.

Buku Panduan Trek Alam Semulajadi SBC telah pun diterbitkan. Untuk memuat turun sila klik di sini.

Image

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami melalui kontak tertera:

KM20, Jalan Borneo Heights, Semengoh, 93250 Kuching, Sarawak, Malaysia.
+6082610610

Maklumat Lanjut

Perkhidmatan Atas Talian

Terma

Pautan Berguna