Carta Organisasi

Organisation Chart 2024 MY

Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) adalah sebuah Agensi Badan Berkanun Negeri Sarawak di bawah Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Sarawak. Ahli-ahli Majlis Kepelbagaian Biologi Sarawak (Sarawak Biodiversity Council) yang menyediakan nasihat dari segi polisi dan hala tuju adalah dilantik oleh Kabinet Negeri.  Ahli-ahli Majlis terdiri daripada:

  • Pengerusi merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak,
  • Timbalan Pengerusi adalah Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Sarawak,
  • Peguam Besar Negeri,
  • Setiausaha Kewangan Negeri,
  • Timbalan Setiausaha Negeri (Sumber Manusia),
  • Pengarah-Pengarah Jabatan Hutan dan Jabatan Pertanian,
  • Kontroler Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar; dan
  • Ketua Pegawai Eksekutif SBC

Pusat ini diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang merangkumi unit-unit seperti berikut:

  • Unit Perhubungan Korporat yang meliputi Pentadbiran, Unit Sumber Manusaia dan Kewangan; Unit Perundangan, Perancangan dan Pembangunan dan Kawalan Kualiti; Dokumentasi Pengetahuan Tradisi dan Taman Kepelbagaian Biologi; dan Unit Komunikasi Korporat
  • Kakitangan penyelidikan dan pembangunan yang terdiri daripada enam makmal utama - Makmal Pengekstrakan, Makmal Biologi Molekul, Makmal Biologi Mikro, Makmal Kimia Analisa, Makmal Kultur Tisu Tumbuhan dan Makmal Bioinformatik.

 

Image

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami melalui kontak tertera:

KM20, Jalan Borneo Heights, Semengoh, 93250 Kuching, Sarawak, Malaysia.
+6082610610

Maklumat Lanjut

Perkhidmatan Atas Talian

Terma

Pautan Berguna