Orang Awam
- Memberi maklum balas terhadap pertanyaan umum mengenai kepelbagaian biologi, bioteknologi, bioprospecting, SBC, dan aktiviti-aktiviti berkaitan dalam 7 hari bekerja.
- Menyedia jawapan kepada soalan yang dibawa semasa mesyuarat Dewan Undangan Negeri dalam 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan soalann atau arahan rasmi.
- Menyedia ucapan untuk menteri-menteri dan pembesar-pembesar dalam 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan arahan rasmi.
- Proses dan membuat bayaran kepada pemiutang-pemiutang apabila menerima invois asal dalam 7 hari bekerja.
Komuniti Penyelidikan
- Memberi maklum balas terhadap pertanyaan mengenai permohonan untuk menjalankan penyelidikan kepelbagaian biologi di Sarawak dalam 7 hari bekerja.
- Proses permohonan penyelidikan dan mendapat kelulusan daripada Majlis Kepelbagaian Biologi Sarawak dalam 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
- Menyedia perjanjian penyelidikan dan permit yang berkaitan dalam 14 hari bekerja selepas permohonan telah diluluskan.
- Menyedia servis analisis yang spesifik (cell cytotoxic assay, GCMS) dalam 14 hari bekerja dari tarkih penerimaan sampel ujian.