Saya amat bersyukur setelah Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan latihan industri di tempat yang hebat ini. Sekarang, saya belajar dalam bidang Ijazah Sarajana Muda Sains dalam Sumber Bioteknologi daru Universiti Malaysia Sarawak dan akan menamatkan pengajian dalam masa terdekat.
Ini adalah pengalaman yang amat menarik bagi saya yang diletakkan di makmal biologi molekul SBC, didedahkan dengan kemahiran-kemahiran baru, pengetahuan dan teknik-teknik yang dipelajari melalui pengalaman melakukan eksperimen-eksperimen yang dilakukan dengan tangan sendiri.
Pada masa kini, saya menjalankan kerja-kerja saringan anti-kanser terhadap sebatian/kompaun yang diekstrak dari tumbuhan-tumbuhan pribumi dari Sarawak. Saya amat percaya yang Sarawak adalah sebuah negeri yang sangat kaya dengan kepelbagaian tumbuhan dan mempunyai potensi besar dalam memperolehi sebatian-sebatian berguna dalam membunuh atau menyerang sel-sel kanser.
SBC mempunyai peralatan-peralatan penting dalam menunaikan projek ini dan program dokementasi pengetahuan tradisional bersama komuniti-komuniti di negeri ini membuatkan ianya semakin mudah dan cepat.
Secara keseluruhannya, saya pasti yang pengalaman bekerja yang diperolehi di SBC amat bermakna dan berbaloi. Ia menyediakan saya untuk pengajian ke tahap seterusnya dan juga melengkapkan saya untuk menempuhi kemajuan sains sekarang dan masa hadapan.