Testimonial oleh Chieng Siew Kee

Photo of Chieng Siew KeeSaya merasa bersyukur terhadap Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) kerana telah memberi peluang kepada saya untuk melakukan latihan industri di sini. Saya telah memperolehi pelbagai pengalaman baru terutamanya latihan yang praktikal menggunakan mesin-mesin makmal yang dimana kami tidak berpeluang untuk melakukannya di universiti. Pengalaman ini amat penting untuk menyediakan para graduan baru untuk menjadi lebih kompeten masa bekerja nanti.

Semasa latihan saya di SBC, saya diletakkan di makmal Penyediaan Tumbuhan, Pengekstrakan dan Kimia Analisis. Saya telah mempelajari asas penyediaan tumbuhan - bermula dari merekod tumbuh-tumbuhan yang diterima dari kerja-kerja pengumpulan tumbuhan dari hutan, pembersihan tumbuhan dan pengeringannya. Saya juga telah diberi peluang untuk melaksanakan pengisaran tumbuhan dan membungkus sampel tumbuhan menggunakan vakum.

Di dalam makmal Pengekstrakan, saya telah mempelajari pengekstrakan tumbuhan menggunakan pelarut-pelarut berlainan dan bagaimana untuk memekatkan ekstrak menggunakan Pemeluwap putaran. Saya juga telah melakukan HPLC analitik untuk beberapa jenis tumbuhan sebagai projek mini saya. Selain itu, saya berpeluang untuk bekerja di dalam makmal Mikrobiologi selama seminggu untuk mempelajari bagaimana untuk melakukan penyaringan antimikrobial (microtiter plate assay) menggunakan sampel-sampel tumbuhan ini.

Saya belajar dalam bidang Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Sumbuer Tumbuhan dan Pengurusan dari Fakulti Sains Sumber dan Teknologi, Universiti Malaysia Sarawak. Sepanjang 3 tahun pengajian ini, saya telah mempelajari sistematik tumbuhan dan taksonomi tumbuhan (yang melibatkan pengenalpastian tumbuhan, deskripsi botanikal, penyedian spesimen herbarium), sistematik molekul tumbuhan, perambatan tumbuhan, tisu kultur tumbuhan, kimotaksonomi tumbuhan dan sains tanah.

Pengajian saya akan tamat selesai sahaja saya melengkapkan latihan industri di SBC. Saya amat berminat di dalam bidang deskripsi tumbuhan dan bagaimana penemuan produk semulajadi dilakukan.

Saya berharap saya mempunyai peluang bekerja dengan SBC di masa akan datang sebab melalui latihan industri ini, saya telah bertemu dengan kakitangan yang peramah dan ringan tangan dan saya amat menyukai suasana bekerja di sini.

Image

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami melalui kontak tertera:

KM20, Jalan Borneo Heights, Semengoh, 93250 Kuching, Sarawak, Malaysia.
+6082610610

Maklumat Lanjut

Perkhidmatan Atas Talian

Terma

Pautan Berguna