Testimoni oleh Patricia Balla

Photo of Patricia BallaSaya mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi dari Universiti Malaysia, Sabah (UMS). Latihan industri di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak ini amat bermakna untuk saya kerana ini adalah pengalaman pertama saya bekerja.

Semasa latihan industri saya, saya diletakkan di bahagian makmal Biologi Molekul. Pada mulanya saya, bidang biologi molekul agak asing buat saya kerana di UMS, saya membuat kultur tisu tumbuhan untuk projek tahun berakhir. Namun begitu, saya mengambil ini sebagai satu cabaran buat diri saya dalam mempelajari sesuatu yang baharu.

Saya mengaku yang saya berasa agak gementar pada mulanya, namun setelah saya mula mengenali kakitangan SBC, pengalaman menimba ilmu ini semakin seronok.

Saya percaya yang pengalaman saya di SBC ini adalah landasan yang penting untuk saya menggunakan kemahiran dan pengalaman yang diperlukan dalam suasana bekerja yang sebenarnya kelak.Saya lebih yakin dalam jangkaan akan datang untuk karier masa hadapan nanti.

Image

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami melalui kontak tertera:

KM20, Jalan Borneo Heights, Semengoh, 93250 Kuching, Sarawak, Malaysia.
+6082610610

Maklumat Lanjut

Perkhidmatan Atas Talian

Terma

Pautan Berguna