Makluman Keizinan Awal (PIC)

Apakah Makluman Keizinan Awal (PIC)?

Keizinan yang diberikan oleh dkoomuniti berdasarkan maklumat dan masa yang mencukupi sebelum pelan awal projek dibangun dengan lebih lanjut..

Kenapa ianya sangat berguna?

Malaysia adalah salah satu pihak berwajib dalam undang-unadang antarabangsa tersebut:

  • Convention of Biological Diversity (CBD)- 1992
  • Bonn guidelines - 2002
  • UNDRIP - 2007
  • Nagoya Protocol - 2010
  • Customary International Law

PIC

Kenapa kita perlukan?

  • Membolehkan komuniti membuat pilhan ke atas projek yang dicadangkan.
  • Pemegang amanah dalam mengurus sumber biologi di dalam kampung.
  • Komuniti akan faham tentang projek oyang dicadangkan terutamanya potensi dan kesan (sosio-ekonomi, sumber biologi) kepada kampung
  • Komuniti akan dapat berunding tentang perkongsian faedah daripada projek tersebut.

Bilakah masanya untuk memperolehi PIC?

Pengutipan sumber biologi yang berkaitan dengan pengetahuan tradisional.

IMG 8663

Tempoh masa untukmemperolehi PIC

Mengikut kehendak, keperluan dan amalan komuniti atau tidak boleh kurang dari dua minggu dan tidak melebihi dua bulan.

Perjanjian Perkongsian Faedah

Kesemua pihak harus berunding dan mecapai persetujuan atau kesepakatan kepada perjanjian perkongsian faedah yang adil dan saksama:

  • Untuk pembekalan bahan-bahan mentah dan pemprosesan; atau
  • Berkaitan dengan pengkomersilan produk-produk.

Bagaimana SBC memperolehi PIC daripada komuniti PIC:

1. Mesyuarat bersama ketua-ketua kaum/komuniti
Untuk mendapatkan kebenaran daripada ketua-ketua komuniti semasa mesyuarat di pejabat-pejabat Residen, daerah dan sub-sub daerah untuk menjalankan projek dokumentasi pengetahuan tradisional.

2.Bengkel Dokumentasi Pengetahuan Tradisional
Kebenaran untuk mengendalikan bengkel TK melalui persembahan ke atas cara-cara pendokumentasi menggunakan catitan buku nota lapangan, perakam digital dan kamera digital dilakukan sebelum aktiviti dokumentasi dan pengutipan tumbuhan dijalankan.

3. Kebenaran daripada komuniti
Kebenaran untuk membawa tumbuhan balik ke SBC dan setiap tumbuhan di rekod menggunakan Borang Spesimen Tumbuhan (sebagai perjanjian dengan komuniti)

PIC Workflow

Image

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami melalui kontak tertera:

KM20, Jalan Borneo Heights, Semengoh, 93250 Kuching, Sarawak, Malaysia.
+6082610610

Maklumat Lanjut

Perkhidmatan Atas Talian

Terma

Pautan Berguna