Fungsi Makmal Kimia Analisis adalah untuk melakukan pengasingan, penulenan, pengecaman dan kuantifikasi komponen-komponen kimia di dalam produk semulajadi.
Bahan-bahan ekstrak dari Makmal pengekstrakan dan Makmal Mikrobiologi dihantar ke Makmal Kimia Analisis untuk pengasingan dan penulenan sebatian-sebatian dengan menggunakan pelbagai teknik kromatografi seperti kromatografi kolum, kromatografi lapisan nipis (TLC), dan kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC).
Makmal ini dilengkapi dengan pelbagai sistem HPLC bermula dari HPLC analisis to HPLC separa-persiapan dan HPLC pra-persiapan. Ini membolehkan analisis kualitatif, analisis kuantitatif dan juga pengasingan serta tujuan penulenan dijalankan.
Makmal ini juga dilengkapi dengan gas kromatografi spektrometri jisim (GCMS) untuk menganalisis sebatian tidak berpolar dan mudah meruap. Ini adalah sangat penting untuk analisis sebatian minyak pati. Kumpulan kami di dalam Makmal Kimia Analisis berusaha untuk menyediakan pengasingan yang cepat dan pengecaman sebatian.