Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami melalui kontak tertera:
makmal penyelidikan
-
Bioinformatik
Bioinformatik adalah satu bidang sains di mana biologi, sains komputer dan teknologi maklumat digabungkan dalam satu disiplin. Tujuan bidang ini adalah untuk membolehkan penemuan dalaman biologi yang baru serta mencipta perspektif global di mana penyatuan prinsip-prinsip dalam biologi dapat dicerap.
-
Makmal Biologi Molekul
Makmal Biologi Molekul memberi fokus penyelidikan yang bermula dari genetik-genetik molekul kepada struktur-struktur biologi dan penyaringan barisan sel "in vitro". Teknik-teknik moden biologi molekul, biokimia dan genetik-genetik digunakan bersama pelbagai peralatan penyelidikan seperti DNA (deoxyribonucleic acid) sequencer dan PCR (polymerase chain reaction machine).
-
Makmal Kimia Analisis
Fungsi Makmal Kimia Analisis adalah untuk melakukan pengasingan, penulenan, pengecaman dan kuantifikasi komponen-komponen kimia di dalam produk semulajadi.
-
Makmal Kultur Tisu Tumbuhan
Makmal Kultur Tisu Tumbuhan menggunakan pelbagai teknik untuk menggandakan tumbuhan-tumbuhan "keras" yang disasarkan untuk pengeluaran metabolit sekunder and untuk membina bahan-bahan penanaman unutk tujuan penyelidikan dan pembangunan dan akhirnya untuk pendomestikan.
-
Makmal Mikrobiologi
Alam mikrob yang melambangkan salah satu sumber genetik terbesar kepelbagaian biologi yang belum diterokai yang terhasil secara biologi dan kimia adalah amat unik serta pelbagai menuju ke arah sebatian-sebatian untuk penemuan-penemuan ubatan. Sarawak dikenali dengan kekayaan flora dan fauna nya dijangka memiliki jumlah mikrobnya yang pelbagai.
-
Makmal Pengekstrakan
Makmal Pengekstrakan PKBS adalah pusat perhentian pertama untuk sampel-sampel kering tumbuhan yang dibawa balik dari pemungutan dan dari komuniti-komuniti tempatan. Kesemua sampel tumbuhan akan diproses di kawasan Penyediaan Tumbuhan. Proses tersebut termasuklah mecuci sampel-sampel tumbuhan, pemotongan, pengeringan dan pengisaran. Sampel-sampel tumbuhan yang telah dikisar akan dihantar ke Makmal Pengekstrakan.
Pangkalan Data Produk Semulajadi atau lebih dikenali sebagai NATPRO (Natural Product Database) terletak di dalam makmal ini. Kesemua maklumat, termasuklah Pengetahuan Tradisional untuk sampel-sampel tumbuhan tersebut juga disimpan di sini. Cuma individu yang telah diberi kuasa atau dibenarkan sahaja boleh mengendalikan NATPRO. Kesemua ekstrak-ekstrak tumbuhan akan disimpan di dalam botol ambar yang dibarkodkan dan disimpan dalam tiga replikasi untuk setiap sampel tumbuhan.
Makmal Pengekstrakan menjalankan beberapa jenis pengelstrakan seperti pengekstrakan rutin, pengekstrakan pukal, dan pengekstrakan minyak pati. Protokol untuk pengekstrakan rutin adalah berpandukan kepada protokol Institut Kanser Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai NCI (National Cancer Institute). Metodologi pengekstrakan ini boleh dilihat melalui carta aliran seperti di bawah: