Makmal Biologi Molekul memberi fokus penyelidikan yang bermula dari genetik-genetik molekul kepada struktur-struktur biologi dan penyaringan barisan sel "in vitro". Teknik-teknik moden biologi molekul, biokimia dan genetik-genetik digunakan bersama pelbagai peralatan penyelidikan seperti DNA (deoxyribonucleic acid) sequencer dan PCR (polymerase chain reaction machine).
Salah satu daripada bidang penyelidikan yang dilitupi oleh Biologi Molekul adalah untuk melakukan penyaringan kompaun-kompaun anti-kanser dari tumbuhan-tumbuhan, "actinomycetes", dan funggus. Untuk ini, ahli-ahli penyelidik mengasingkan kompaun-kompaun bio-aktif yang kemudiannya akan dicirikan/disifatkan dengan menggunakan "LC-MS (liquid chromatography mass spectrometry) dan NMR (nuclear magnetic resonance).
Makmal ini juga menjalankan kegiatan rutin seperti replikasi DNA, pengekstrakan dan amplifikasi, "RNA (ribonucliec acid) dan pengekstrakan protin dan juga menubuhkan pusat "metagenomic" mikrooraganisma-mikroorganisma tanah.
Selain itu, makmal ini juga menguji-kaji "phylogenetics" mikroorganisma-mikroorganisma dan tumbuhan-tumbuhan dimana spesis mikroorganisma-mikroorganisma dan tumbuhan-tumbuhan ini dikenalpasti berdasarkan hasil proses penjujukan.