Masa berlalu begitu cepat. Bagaikan tidak percaya yang tiga bulan latihan industri saya di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) berakhir begitu pantas. Tiga bulan ini bagaikan mimpi, mimpi yang diimpikan sejak saya masih kecil lagi. Terima kasih SBC kerana telah membantu saya mencapai impian saya ini.
Pada masa sekarang, saya sedang melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Sains di UTAR, Kampar, Perak. Dengan menjalankan latihan industri di SBC, objektif saya dalam pencarian pusat latihan untuk saya menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang bioteknologi telah tercapai. Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) telah memperluaskan lagi ilmu saya dalam kepelbagaian biologi.
SBC mengamalkan "on-the-job training" untuk pelatih industri yang dapat memberi peluang kepada pelatih tersebut untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam buku teks secara praktikal. Melalui latihan ini, pelatih dapat memahami kerja yang telah ditugaskan dengan seronok dan tugasan ini termasuklah pemprosesan tumbuhan ke pengekstrakan tumbuhan dasn seterusnya kepada analisa.
Akhir sekali, ianya menjadi kebanggaan kepada saya dengan menjalankan latihan industri di SBC. Kesemua pekerja disini amat ramah. Mereka sangat dedikasi dengan kerja-kerja mereka dan selalu membantu sesiapa sahaja yang memerlukannya. Saya sangat menikmati latihan saya disini. Tambahan, sekiranya anda mencari syarikat/jabatan yang membolehkan anda mengaplikasikan pengetahuan sains dan suasana pekerjaan yang selesa, Pusat kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) adalah tempatnya. Sekali lagi, adalah menjadi kebanggaan saya berkhidmat untuk SBC. Di SBC kami adalah satu pasukan.
Terima Kasih, SBC!
Ikhlas,
Annie Low Mei Tin
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Pelatih Industri SBC