Memilih syarikat untuk menjalankan latihan industri adalah satu proses membuat keputusan yag amat mencabar. Namun begitu, apa yang membuatkan saya memilih Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) daripada syarikat-syarikat lain kerana fokus mereka terhadap penyelidikan dalam sumber-sumber biologi yang menjurus kepada pembangunan perubatan-perubatan farmaseutikal, nutrisi dan terapi herba. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi Sumber di UNIMAS, saya berasa terharu kerana telah terpilih sebagai salah seorang pelatih industri di SBC.
Selama program latihan ini, saya berpeluang bekerja di pelbagai makmal seperti makmal Penyediaan Tumbuhan, Pengekstrakan, dan Kimia Analisis untuk mempraktikkan kemahiran-kemahiran yang telah saya pelajari di universiti. Latihan industri saya di SBC juga telah memberi pengalaman secara amali untuk mengasah kemahiran-kemahiran makmal yang penting. Saya juga berpeluang bekerjasama dengan pasukan penyelidik SBC sementara bekerja tanpa pengawasan di dalam suasana makmal yang selesa dan sistematik.
Saya juga telah diajar dan mempelajari banyak benda baharu di bawah kepakaran para penyelidik SBC seperti pengekstrakan organik tumbuhan beraroma dan tidak beraroma, penyulingan minyak pati tumbuhan berguna dan "fractionation" kompoun/sebatian bioaktif berguna menggunakan "open column chromatography". Kemahiran-kemahiran yang saya telah pelajari ini amat berguna dan berfaedah untuk karier saya akan datang.
Latihan industri adalah satu pembuka mata dan satu pengalaman yang anda harus lalui sendiri. Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada SBC kerana telah memberi satu pengalaman yang sangat menarik selama 12 minggu saya di sini. Saya juga ingin mengucap terima kasih kepada semua pekerja SBC kerana telah memberi saya satu suasana ramah mesra sepanjang saya bekerja di sini.
Ngo Yi Lei
Bachelor Degree of Science with Honours (Resource Biotechnology)
Universiti Malaysia Sarawak