Sebagai permulaan, saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas saya kepada Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalan dan menamatkan latihan industri saya dalam masa 3 bulan ini. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada staf-staf SBC yang telah mengajar saya tentang banyak ilmu dan kemahiran-kemahiran praktikal.
Keinginan saya untuk menjalankan latihan di SBC adalah sejurus selepas kami mengadakan lawatan tapak ke SBC semasa tahun ke-tiga kuliah saya. Dalam masa 3 bulan latihan saya disini saya telah ditugaskan di pelbagai makmal seperti makmal penyedian tumbuhan, makmal pengekstrakan dan makmal biologi molekul. Setiap makmal mempunyai fungsi-fungi tersendiri. Seperti di makmal pengekstrakan, sampel tumbuhan yang telah dikisar(samada campuran, daun-daun, batang tumbuhan dan lain-lain) dari makmal penyediaan akan dihantar di makmal ini untuk diekstrak menggunakan pelbagai jenis pelarut kimia. Dari sini sahaja, saya sudah mempelajari banyak kemahiran-kemahiran praktikal.
Pada pendapat saya, selain dari pengetahuan dari segi akademik dan kemahiran-kemahiran praktikal, kami juga mempelajari tentang hubungan interpersonal. Saya berasa sangat bertuah kerana SBC adalah pilihan pertama saya dalam mencari tempat untuk melakukan latihan industri kerana saya banyak mempelajari benda-benda baharu dan rakan-rakan baru. Oleh itu, SBC adalah salah satu tempat yang saya syorkan untuk kamu menjalankan latihan industri kerana persekitaran kerjanya yang sistematik dari segi pengurusan.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas saya sekali lagi kepada keluarga, rakan-rakan dan semua staf SBC and semoga anda semua sentiasa maju untuk masa-masa akan datang.
Ikhlasly,
Caroline Ng Chen Chen
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Pelatih Industri SBC