
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami melalui kontak tertera:
Terdapat lebih daripada 40 etnik yang berbeza di Sarawak dan ini dapat dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan besar seperti berikut: Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melanau dan Melayu. Setiap kumpulan etnik ini telah mewarisi pengetahuan tradisional yang luas daripada nenek moyang mereka dan sebahagian besarnya tidak pernah didokumentasikan. Pengetahuan ini termasuklah amalan yang telah dilakukan berkurun lamanya seperti penanaman sumber makanan dan bagaimana untuk terus hidup dalam alam sekitar mereka. Penggunaan dan pengurusan sumber-sumber biologi oleh masyarakat pribumi ini dari zaman dahulu dikenali sebagai pengetahuan tradisional.
Sarawak dianugerahi dengan berbagai kekayaan sumber biologi seperti kepelbagaian biologi, yang berpotensi untuk aplikasi-aplikasi unik dalam penjagaan kesihatan, pertanian dan industri. Bioprospek ke atas kepelbagaian biologi untuk mencari potensi dan aplikasi-aplikasi yang berguna sangat bergantung kepada perlaksanaan program penyelidikan dan pembangunan (P&P) yang kukuh melibatkan berbagai peralatan saintifik termasuklah bioteknologi.
SBC telah memperakui tentang pentingnya kesedaran dan penghargaan di kalangan masyarakat terhadap aplikasi-aplikasi dan usaha-usaha berkaitan bioteknologi.
Program Taman Kepelbagaian Biologi telah dilaksanakan pada 5 Oktober 2006 untuk menyokong Program Dokumentasi Pengetahuan Tradisional, Program R&D (Penyelidikan & Pembangunan) serta Program Kesedaran dan Penghargaan.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami melalui kontak tertera: