
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami melalui kontak tertera:
Adakah anda berfikir atau bercadang hendak membuat projek kajian di Sarawak? Dan anda tidak pasti samada anda memerlukan permit kajian atau tidak. Bimbingan ini bertujuan untuk membantu anda menjawab soalan diatas berpandukan Undang-undang Kepelbagaian Biologi Sarawak, 2004.
Setelah permohonan diluluskan, pemohon akan diberitahu melalui emel.
Ianya akan mengambil masa tidak lebih dari 66 hari yakni bermulanya penerimaan borang permohonan yang telah lengkap diisi sehingga tarikh kelulusan. Tempoh ini tidak termasuk menandatangani Perjanjian Penyelidikan. Ini adalah kerana acara menandatangani Perjanjian Penyelidikan adalah tertakluk kepada kehadiran pemohon dan Pengerusi Majlis Biodiversiti Sarawak.
Setelah penyelidikan selesai, pemohon adalah dikehendaki unutk menghantar laporan penuh kepada Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) atau agensi-agensi berkaitan. Tertakluk kepada terma yang tertulis didalam Perjanjian Penyelidikan yang ditandatangani, anda juga mungkin dikehendaki untuk mendepositkan spesimen-spesimen (sekiranya ada) kepada agensi-agensi berkaitan. Kebiasaannya, penyampaian atau persembahan tentang projek penyelidikan anda akan diminta.
Sekiranya penyelidikan anda memerlukan Permit Penyelidikan (seperti yang tertera di sini), jadi "Ya" anda memerlukan Permit Penyelidikan. Ketua Projek haruslah memohon Permit Penyelidikan dan nyatakan kesemua ahli yang terlibat didalam projek tersebut di dalam orang Permohonan.
Anggapkan sahaja bahawa projek penyelidikan anda memerlukan Permit Penyelidikan, ianya boleh dipohon oleh agensi tempatan (yang meliputi kesemua penyelidik-penyelidik yang terlibat). Permit Penyelidikan harus dipohon oleh ketua projek.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami melalui kontak tertera: