
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami melalui kontak tertera:
Alam mikrob yang melambangkan salah satu sumber genetik terbesar kepelbagaian biologi yang belum diterokai yang terhasil secara biologi dan kimia adalah amat unik serta pelbagai menuju ke arah sebatian-sebatian untuk penemuan-penemuan ubatan. Sarawak dikenali dengan kekayaan flora dan fauna nya dijangka memiliki jumlah mikrobnya yang pelbagai.
Selaras dengan program Penemuan Produk Semulajadi di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC), setakat artikel ini diterbitkan, Pusat Mikrob SBC telah berjaya mengumpul sebanyak 11,000 terikan actinomycetes dan 6,800 terikan fungus. Terikan mikrob ditapis/tulen, dicam dan dipelihara bersama dengan aktiviti-aktiviti bionya.
Kami telah mengumpul sejumlah 2,153 tumbuhan dan sampel tanah dari 61 lokasi di seluruh Sarawak. Mikrob-mikrob dari tanah terdapat di persekitaran semulajadi dan buatan manusia; mereka berbeza menerusi jenis tanah, vegetasi, lokasi geografi dan keadaan cuaca. Kepelbagaian biologi di Sarawak bertindak sebagai alternatif kepada kepelbagaian bahan kimia. Di bawah adalah sedikit-sebanyak gambar-gambar actinomycetes and fungus yang cantik yang telah diasingkan dari sampel seluruh Sarawak.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami melalui kontak tertera: