Lawatan dari Mitsubishi Corporation

Kami amat berbesar hati dengan lawatan dari Mitsubishi Corporation yang diketuai oleh En Motoki Ito pada 4 Mac 2019. Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan pengganti En Mitoki Ito iaitu En Minuro Aizawa yang bakal memegang jawatan General Manager of Energy Business Group, Mitsubishi Corporation (Tokyo).

Selain melawat tapak penyemaian alga yang baru sahaja siap dibina, En Motoki berpeluang untuk melihat pokok yang beliau tanam pada tahun 2017. Sementara itu, En Minuro Aizawa telah menanam pokok, Canarium odonthophyllum Miq. yang juga dikenali sebagai pokok Dabai oleh penduduk di sini.

Kami berharap agar pokok-pokok yang ditanam di SBC akan membesar dengan sempurna dan bakal menyumbang dalam keutuhan hutan hujan di masa hadapan.

Image

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami melalui kontak tertera:

KM20, Jalan Borneo Heights, Semengoh, 93250 Kuching, Sarawak, Malaysia.
+6082610610

Maklumat Lanjut

Perkhidmatan Atas Talian

Terma

Pautan Berguna