Mitsubishi Corporation dan SBC Komited untuk Membangunakan Alga untuk aplikasi-aplikasi bioindustri di masa hadapan

MC Update

Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) baru-baru ini telah menerima lawatan daripada Encik Genichi Ichikawa, Ketua Eksekutif baru di Malaysia, dan Pengurus Besar, Mitsubishi Corporation Cawangan Kuala Lumpur, disertai oleh Encik Kenji Ohta, bekas Ketua Eksekutif di Malaysia dan GM Cawangan Kuala Lumpur dan Naib Presiden Kanan, Pengurus Besar, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perniagaan, Mitsubishi Tokyo.

 

Encik Ichikawa diperkenalkan kepada SBC dan Pengerusi Majlis Kepelbagaian Biologi Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot oleh En. Kenji Ohta.

Pusat ini telah bekerjasama dengan Mitsubishi Corporation sejak tahun 2012 apabila kedua-dua pihak menandatangani perjanjian kerjasama di Persidangan Biomalaysia di Kuala Lumpur untuk memasuki fasa pertama penerokaan kepelbagaian biologi alga di Sarawak.

Semasa fasa pertama, usaha kolaborasi mencatatkan sejumlah 807 sampel alga yang dikumpul dari persekitaran air tawar dan laut di seluruh Sarawak.

Dari situ, kedua-dua pihak maju ke fasa yang kedua di antara tahun 2014 dan 2016 untuk mengenal pasti dan mengasingkan strain alga berdasarkan kegunaannya, yang seterusnya membawa kepada fasa tersebut ke arah fasa kerjasama yang ketiga (2016-2018) di mana pembinaan skala besar (1,000m2) kemudahan foto-bioreaktor luar (PBR) di SBC untuk menyemai strain alga yang terpilih, sudah hampir selesai.

Ini adalah salah satu kemudahan kultur alga yang dibina khas untuk menguji prestasi pertumbuhan spesies alga yang tertentu sebelum ianya dapat dikomersilkan.

Lawatan Ichikawa baru-baru ini menandakan komitmen Mitsubishi Corporation dan SBC untuk membangunkan aplikasi alga di masa depan yang terdapat di Sarawak untuk akuakultur, nutraseutikal, serta sumber alternatif bagi biofuel.

Image

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami melalui kontak tertera:

KM20, Jalan Borneo Heights, Semengoh, 93250 Kuching, Sarawak, Malaysia.
+6082610610

Maklumat Lanjut

Perkhidmatan Atas Talian

Terma

Pautan Berguna