Penyelidikan dan Pembangunan

Penyelidikan dan Pembangunan

Jumlah Paparan: 8422

Sarawak dianugerahi dengan berbagai kekayaan sumber biologi seperti kepelbagaian biologi, yang berpotensi untuk aplikasi-aplikasi unik dalam penjagaan kesihatan, pertanian dan industri.  Bioprospek ke atas kepelbagaian biologi untuk mencari potensi dan aplikasi-aplikasi yang berguna sangat bergantung kepada perlaksanaan program penyelidikan dan pembangunan (P&P) yang kukuh melibatkan berbagai peralatan saintifik termasuklah bioteknologi.

 

Biotechnologi menggunapakai pengetahuan tentang sistem biologi untuk menjana bio-produk yang berguna dan aplikasi-aplikasi untuk kehidupan seharian kita seperti ubat-ubatan, makanan dan alam sekitar.  Bioteknologi dan pembangunan bio-industri juga telah dianggap sebagai jentera  pembangunan negeri dan negara.

Program P&P di SBC menekankan kepada penemuan-penemuan dalam sumber-sumber biologi yang membawa kepada pembangunan terapi herba, nutraseutikal, kosmeseutikal untuk penjagaan kesihatan dan ubat-ubatan farmaseutikal untuk mengawal penyakit-penyakit seperti kanser dan agen-agen berjangkit yang lain.  Program ini juga memberi sasaran kepada penemuan bahan-bahan kimia dan enzim-enzim daripaa sumber-sumber biologi yang mungkin berguna untuk aplikasi-aplikasi yang luas seperti produk-produk berasaskan industri seperti minyak pati, bio-pestisid dan pewarna komersial.

Objektif-objektif program ini adalah:

Program P&P di PKBS disokong oleh 7 buah makmal serba lengkap dan khusus (pengekstrakan, mikrobiologi, biologi molekul, kultur tisu tumbuhan, analisa kimia, bioinformatik dan pembangunan produk), kakitangan bersama saintis-saintis terlatih yang bekerja dalam suasana kondusif bertujuan untuk penyelidikan inovatif yang memberi fokus kepada kepelbagaian biologi.

Kemudahan-kemudahan P&P di SBC mampu menyediakan Negeri Sarawak dengan matlamatnya untuk menjalankan bioprospek ke atas kepelbagaian biodiversitinya melalui P&P dan berkongsi faedah daripada penemuan-penemuan ini kepada rakyat.  Penemuan-penemuan ini akan menyediakan saluran bio-produk untuk bio-industri bagi memulakan dan menjana pulangan ekonomi dan pendapatan kepada negeri pada masa hadapan.