Akses dan Perkongsian Faedah (ABS)

Jumlah Paparan: 4028

Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah

Apakah Akses & Perkongsian Faedah (ABS)?

Akses kepada sumber biologi, merujuk kepada penggunaan sumber biologi dari habitat semulajadinya atau tempat di mana sumbernya dijumpai, disimpan, atau tumbuh untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan ke atas sebarang sumber genetik, derivatif atau sebatian biokimia yang terdiri daripada atau terkandung dalam sumber biologi.

Kenapa ABS sangat berguna?

Akses dan perkongsian faedah memastikan pengaksesan dan penggunaan sumber biologi dapat mengoptimumkan faedah kepada pengguna, pemberi atau penyumbang dan ekologi serta komuniti-komuniti dimana sumber biologi tersebut ditemui.

ABS adalah salah satu isu penting di bawah Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD), di mana satu daripada tiga objektif konvensyen kepada ABS yang selaras dengan pemeliharaan kepelbagaian biologi dan penggunaan lestari komponen-komponennya. CBD mengiktiraf bahawa sumber biologi adalah hak mutlak sesebuah negara.

ABS2018
Komuniti Lun Bawang, Long Telingan

Isu-isu dalam Penyeliaan ABS

ProtokolProtokol Nagoya ke atas ABS adalah perjanjian antarabangsa baru yang diadaptasi di bawah Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) di Nagoya, Jepun pada 29 Oktober 2010. Objektifnya adalah untuk berkongsi manfaat yang diperolehi daripada penggunaan sumber genetik dikongsi secara adil dan saksama, yang akan menyumbang kepada pemeliharaan dan penggunaan lestari kepelbagaian biologi dan seterusnya memenuhi tiga objektif CBD.


Projek Demonstrasi ke atas Penggunaan Sumber Genetik yang berkaitan dengan Pengetahuan Tradisional (TK) untuk Pembangunan Produk Penjagaan Diri dan Kesihatan di Sarawak

KidingABS
"Good Wild Craft Practice"

Mewujudkan rantaian nilai dari Pengetahuan Tradisional ke Produk Kepelbagaian Biologi untuk Manfaat Komuniti

Value Chain

Komponen A – Pembangunan Rantaian Nilai

capacity building

Komponen B - Perkongsian Faedah

MAT