LitSara

Jumlah Paparan: 3510

Apa itu LitSara®

LitSara Corporate Gift Set

Dari cerunan tanah tinggi Sarawak, datangnya Litsea Sarawak (Litsea cubeba), satu tumbuhan yang terkenal di kalangan kaum Bidayuh, Kelabit dan Lun Bawang untuk masakan dan mempunyai unsur-unsur penyembuhan untuk sesuatu penyakit.

 


Minyak pati LitSara® yang diekstrak dari daun dan buahnya adalah antimikrob yang mambuatkan ianya sesuai sebagai ramuan aktif dalam produk-produk penjagaan. Minyak LitSara®, pada dilusi yang sesuai mempunyai wangian yang menyenangkan yang mana kedua-duanya untuk kesegaran dan kecergasan.

Penyelidikan dan pembangunan ke atas LitSara® projek perintis kepada perkongsian faedah dengan komuniti-komuniti.


Latar Belakang Tumbuhan

Litsea cubeba

Litsea cubeba Litsea Sarawak dikenali sebagai Pahkak oleh kaum Bidayuh manakala Kelabit dan Lun Bawang menamakan ia sebagai Tenem.

Secara tradisional, komuniti-komuniti ini menggunakan buahnya dalam masakan, perubatan untuk sakit perut dan daunnya untuk menyembuhkan sakit belakang.

Ianya adalah satu pokok kecil dari keluarga Lauraceae dan boleh dijumpai tumbuh setinggi 5 - 10 meter di 2,300 meter atas paras laut.

Pada masa ini, buah dari pokoknya dituai dari hutan liar untuk tujuan pengekstrakan minyak pati. Komuniti memain peranan penting dan aktif dalam penuaian dan pengekstrakan minyak pati di bawah program Dokumentasi Pengetahuan Tradisional yang dikendalikan oleh Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC)


Cap Dagangan dan Petunjuk Geografi

Tumbuhan Litsea cubeba telah didaftarkan Petunjuk Geografinya pada tahun 2011. Minyak pati dari Litsea Sarawak dicap dagang sebagai LitSara®.