Dibawah peruntukan Ordinan Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (1997) Pindaan 2003, Majlis Biodiversiti Sarawak telah dipertanggungjawabkan untuk mengawalselia kajian ke atas biologi dan sumber-sumber terlindung seperti yang terkandung di dalam Ordinan dan pengekspotan sumber-sumber biologi negeri ini.
Untuk menjalankan tugas-tugas ini, Majlis Biodiversiti Sarawak telah mewujudkan Sistem Permit Kajian dimana ia menyediakan empat jenis permit: Permit untuk Mengutip Sumber-sumber Terlindung, Permit Eksport, Permit Penjualan Sumber-sumber Terlindung dan Permit Kajian Etnobotanikal.
Proses permohonan (sila rujuk kepada pdf Carta Aliran Permohonan Penyelidikan ) bermula dari penghantaran document Borang Permohonan Penyelidikan yang lengkap kepada Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) untuk pentadbiran dan penilaian teknikal dalaman. Permohonan juga akan dihantar kepada sekurang-kurangnya dua penilai teknikal bebas yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan. Penilai-penilai tersebut akan menghantar penilaian teknikal ke atas kelayakan dan nilai penyelidikan yang dicadangkan dan juga kompetensi teknikal yang ada kepada pemohon untuk menjalankan penyelidikan.
Penilaian-penilaian teknikal ini akan dikemukakan kepada Majlis untuk pertimbangan dan kelulusan. Sekiranya pihak Majlis meluluskan permohonan, SBC akan seterusnya menyediakan draf Perjanjian Penyelidikan untuk perbincangan dengan pemohon. Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju, Perjanjian Penyelidikan akan disiapkan dan ditandatangani diantara penyelidik dan Pengerusi Majlis. Pemohon juga perlu memohon Permit Eksport sekiranya beliau bercadang untuk melakukan penyelidikan diluar negeri Sarawak.
Pemohon-pemohon yang berpotensi harus melengkapkan
document
Borang Permohonan Penyelidikan
(a separate
document
Garis Panduan Borang Permohonan Penyelidikan
yang berasingan untuk borang boleh dimuat-turun) dan dihantar ke SBC.
PERINGATAN: Kepada sesiapa yang bercadang untuk memohon menjalankan penyelidikan di Sarawak adalah dinasihatkan unutk memuat-turun dan membaca sepenuhnya dokumen-dokumen berikut sebelum mengisi Borang Permohonan Penyelidikan.