Emy RitaLatihan industri di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) adalah satu pengalaman yang hebat. Apabila berjumpa dengan para pekerja SBC yang peramah, saya berasa lebih dialu-alukan dan selesa. Saya amat berbesar hati kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada SBC dan bersama-sama menjaga kepelbagaian biologi untuk hari esok seperti tertera pada "tagline"nya.

Ngoyilei IntroMemilih syarikat untuk menjalankan latihan industri adalah satu proses membuat keputusan yag amat mencabar. Namun begitu, apa yang membuatkan saya memilih Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) daripada syarikat-syarikat lain kerana fokus mereka terhadap penyelidikan dalam sumber-sumber biologi yang menjurus kepada pembangunan perubatan-perubatan farmaseutikal, nutrisi dan terapi herba. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi Sumber di UNIMAS, saya berasa terharu kerana telah terpilih sebagai salah seorang pelatih industri di SBC.

Caroline Ng Chen ChenSebagai permulaan, saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas saya kepada Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalan dan menamatkan latihan industri saya dalam masa 3 bulan ini. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada staf-staf SBC yang telah mengajar saya tentang banyak ilmu dan kemahiran-kemahiran praktikal.

Carolynna Buyau

Pertama kali saya menemui laman web SBC, saya tertarik dengan fokus utamanya iaitu memlihara alam sekitar dan melakukan sesuatu untuk komuniti-komuniti terutama sekali dalam bioprospek. Saya amat teruja apabila menerima surat tawaran dari SBC untuk menjalankan latihan industri di sini dan saya ditempatkan di makmal mikrobiologi kerana ijazah sarjana muda saya adalah dalam bidang mikrobiologi di UKM.

Selama latihan saya di sini, saya telah mempelajari banyak benda-benda baharu terutama sekali "actinomycetes" dan keunikan morfologi nya yang jarang ditemui membuatkan saya merasa lebih teruja untuk menjalankan latihan industri terutama sekali untuk memperbaiki kemahiran "streaking" bakteria ke atas media solid dan berupaya untuk menghuraikan morfologi koloni mikrob. Oleh itu, latihan ini memberi serta melahirkan minat serta perasaan ingin tahu terhadap kajian-kajian dalam hubungan diantara mikrobiologi dan alam sekitar.

Photo of Patricia BallaSaya mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi dari Universiti Malaysia, Sabah (UMS). Latihan industri di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak ini amat bermakna untuk saya kerana ini adalah pengalaman pertama saya bekerja.

Semasa latihan industri saya, saya diletakkan di bahagian makmal Biologi Molekul. Pada mulanya saya, bidang biologi molekul agak asing buat saya kerana di UMS, saya membuat kultur tisu tumbuhan untuk projek tahun berakhir. Namun begitu, saya mengambil ini sebagai satu cabaran buat diri saya dalam mempelajari sesuatu yang baharu.