Photo of Morven MundiSaya amat bersyukur setelah Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan latihan industri di tempat yang hebat ini. Sekarang, saya belajar dalam bidang Ijazah Sarajana Muda Sains dalam Sumber Bioteknologi daru Universiti Malaysia Sarawak dan akan menamatkan pengajian dalam masa terdekat.

Photo of Igantius JohnPengalaman bekerja di SBC adalam masa yang amat bernilai dimana saya dapat mengenal pasti apa yang saya inginkan di masa hadapan. Saya dapat melibatkan diri dalam bidang yang sememangnya pilihan dan minat saya.

Selama latihan di SBC, saya diletakkan di makmal Penyediaan Tumbuhan, Pengekstrakan dan Analisis Kimia. Sekarang saya sudah memahami prosedur-prosedur asas dalam menerima tumbuhan-tumbuhan yang dikumpul dari hutan dan bagaimana hendak menyediakannya sebelum diekstrak di dalam makmal.

Photo of Chieng Siew KeeSaya merasa bersyukur terhadap Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) kerana telah memberi peluang kepada saya untuk melakukan latihan industri di sini. Saya telah memperolehi pelbagai pengalaman baru terutamanya latihan yang praktikal menggunakan mesin-mesin makmal yang dimana kami tidak berpeluang untuk melakukannya di universiti. Pengalaman ini amat penting untuk menyediakan para graduan baru untuk menjadi lebih kompeten masa bekerja nanti.