Carolynna Buyau

Pertama kali saya menemui laman web SBC, saya tertarik dengan fokus utamanya iaitu memlihara alam sekitar dan melakukan sesuatu untuk komuniti-komuniti terutama sekali dalam bioprospek. Saya amat teruja apabila menerima surat tawaran dari SBC untuk menjalankan latihan industri di sini dan saya ditempatkan di makmal mikrobiologi kerana ijazah sarjana muda saya adalah dalam bidang mikrobiologi di UKM.

Selama latihan saya di sini, saya telah mempelajari banyak benda-benda baharu terutama sekali "actinomycetes" dan keunikan morfologi nya yang jarang ditemui membuatkan saya merasa lebih teruja untuk menjalankan latihan industri terutama sekali untuk memperbaiki kemahiran "streaking" bakteria ke atas media solid dan berupaya untuk menghuraikan morfologi koloni mikrob. Oleh itu, latihan ini memberi serta melahirkan minat serta perasaan ingin tahu terhadap kajian-kajian dalam hubungan diantara mikrobiologi dan alam sekitar.

 

In Actino Room

Selain itu, staf-staf SBC amat peramah dan menerima saya dengan baik membuatkan saya selesa semasa bekerja di dalam makmal. Tambahan pula, makmal mikrobiologi adalah sebuah makmal yang amat ceria. Saya tidak akan melupai pengalaman saya bertugas di disini terutama sekali dengan usaha-usaha stafnya yang tidak pernah putus dalam membantu saya dan menjawab segala pertanyaan kemusyikilan saya. Seperti bak kata pepatah Albert Einstein, “Never stop questioning.”

Untuk mengakhiri testimoni ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) kerana telah memberi peluang dan pengalaman yang hebat selma 10 minggu saya berada disini. Dan juga kepada staf makmal mikrobiologi, terima kasih ke atas tunjuk ajar serta kegembiraan yang kita telah kongsi bersama selama saya disini.

Carolynna Buyau Ak James
Ijazah Sarjana Muda dalam Mikrobiologi
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pin It Button