Program Amali

Jumlah Paparan: 4094

GARIS-GARIS PANDUAN UNTUK PELATIH

TANGGUNGJAWAB PELATIH:

Perbelanjaan
Pelatih harus membiayai sendiri perbelanjaan untuk perjalanan ke Malaysia dan juga perbelanjaan untuk kemudahan-kemudahan asas, pengangkutan atau perbelanjaan harian sepanjang tempoh program latihan untuk pelatih ini dijalankan.

Tempat kediaman dan pengangkutan
SBC terletak 20 kilometer dari pusat bandaraya Kuching, Sarawak. Pelatih bertanggungjawab ke atas tempat kediaman dan pengangkutannya sendiri. Setelah permohonan diterima dan diluluskan, SBC akan membantu dalam memberi cadangan untuk lokasi tempat kediaman yang sesuai..

Jadual Komitmen 
Tempoh latihan: minimum of 3 ke 24 bulan. Jadual waktu bekerja SBC adalah dari 8.00 pagi hingga ke 5.00 petang, dari Isnin hingga ke Jumaat. Masa rehat tengahari pula dari 1.00 petang hingga ke 2.00 petang untuk Isnin hingga Khamis dan untuk Jumaat pula dari 11.45 pagi hingga ke 2.15 petang. Pelatih harus mematuhi waktu bekerja SBC.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Mana-mana pelatih yang masih dalam pengajian di institusi pengajian tinggi layak untuk memohan program ini. Ianya termasuk program sarjana muda (Undergraduate) dan ijazah (Graduate). Sekiranya anda sedang melanjutkan pelajaran dalam sesuatu kolej atau universiti, anda haruslah pelajar tahun terakhir untuk semester terakhir yang akan anda lengkapkan. Jurusan haruslah samada Kimia, BioKimia, Biologi, Mikrobiologi, Imunologi dan Biologi Sains yang lain-lain.

Pengetahuan, Kemahiran, dan Kebolehan


SYARAT-SYARAT PROGRAM
Pelatih-pelatih haruslah mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang SBC yang termasuk keselamatan dan sekuriti, pentadbiran am dan keperluan-keperluan keselamatan makmal. Satu garis panduan akan diberi kepada pelatih-pelatih setelah permohonan diluluskan.

Perjanjian Tertutup (Non Disclosure agreement (NDA))
Kesemua projek yang dijalankan di SBC adalah hak milik Kerajaan Negeri Sarawak, dikendalikan melalui Majli Biodiversiti Sarawak. Kesemua maklumat berkaitan projek latihan pelatih dianggap sulit. Sekiranya bersetuju pelatih-pelatih harus menandatangai perjanjian dengan majlis.

Laporan dan Penerbitan
Laporan penuh akan dihantar setelah tamat program latihan. Penemuan-penemuan penyelidikan/kajian yang diperolehi dari program latihan harus diterbitkan sekurang-kurangnya satu penerbitan (jurnal penilaian rakan sejawat (peer review journal)) dalam tempoh enam bulan setelah latihan tamat, dengan pengarangan bersama pelatih dan SBC.

Harta Intelek
Kesemua bahan yang dikumpul atau digunakan dalam program ini adalah hak milik Majlis. Sekiranya terdapat ciptaan baru, pembangunan, paten, hakcipta atau apa-apa harta intelek dan penemuan dibuat semasa program dijalankan, hak milik ciptaan adalah kepunyaan Majlis.


DOKUMEN-DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN

Cadangan Kertas Kerja (Proposal)
Pelatih-pelatih haruslah menghantar cadangan kertas kerja ringkas (2-3 mukasurat) ke atas projek yang ingin dijalankan di SBC. Cadangan kertas kerja harus menyatakan tempoh kerja dan tarikh projek bermula. Resume pelatih harus dilampirkan bersama cadangan kertas kerja.

Pas Kemasukan
Pelatih-pelatih haruslah memohon Pas Profesional. SBC akan membantu dalam proses permohonan untuk pas tersebut. Kos permohonan akan dibiayai sendiri pelatih-pelatih. Kos berlainan untuk setiap negeri asal pelatih-pelatih. Pelatih-pelatih boleh menghubungi Puan Constance Vanessa Victor pada emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk mengetahui lebih lanjut tentang kos permohonan pas. Dokumen-dokumen berikut diperlukan untuk proses permohonan:


HUBUNGI
Tujukan kepada pegawai komunikasi, Constance Vanessa Victor/Nurulliza Murtadza di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.