Emy Ritta Jinggong dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Jumlah Paparan: 3066

Emy RitaLatihan industri di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) adalah satu pengalaman yang hebat. Apabila berjumpa dengan para pekerja SBC yang peramah, saya berasa lebih dialu-alukan dan selesa. Saya amat berbesar hati kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada SBC dan bersama-sama menjaga kepelbagaian biologi untuk hari esok seperti tertera pada "tagline"nya.

Saya pada masa ini adalah pelajar Sarajana Muda dalam Sains Sumber Binatang di University Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan telah diletakkan di bawah program Dokumentasi Pengetahuan Tradisional. Semasa bulan pertama saya disini, saya telah diberikan tugasan-tugasan inventori di tapak semaian.yang termasuk mengemaskini senarai-senarai tumbuhan dan melabel tumbuhan-tumbuhan baru. Saya tidak terlalu didedahkan dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan haiwan namun begitu saya menganggapkan ini sebagai pengalaman dan pengetahuan baharu untuk saya. Saya juga belajar bagaimana untuk menyediakan spesimen herbarium yang dikumpul daripada komuniti-komuniti yang disimpan untuk kegunaan masa akan datang.

Selama latihan ini, saya juga mendapat pengalaman baru dalam memasang kamera yang bertujuan untuk menangkap gambar binatang di "trail" semulajadi SBC. Ianya amat menyeronokkan setelah kita menemui beberapa mamalia kecil yang terdapat di hutan sekitar SBC dan juga bagaimana kamera yang dipasang berfungsi. Bekerja di lapangan memang meletihkan tetapi amat seronok dalam masa yang sama kerana kerana minat saya yang yang mendalam dalam menyelokai hutan dan alam semulajadi.

Emy Rita Camera

Saya ingin merumuskan segalanya dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua staf SBC kerana menerima saya disini dan memberi saya peluang dan pengalaman yang tidaka dapat dilupakan. Saya telah beroleh pengetahuan baharu selama 12 minggu latihan saya sebagai pelatih industri. Latihan ini telah membuka mata saya untuk melihat bagaimana persekitaran pekerjaan di masa akan datang dan juga kepentingan untuk memulihara kepelbagaian biolofi dan komuniti-komuniti dan juga kita sendiri.

Emy Ritta Jinggong
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Ijazah Sarjana Muda Sains Sumber Haiwan dan Pengurusan