Program Kesedaran dan Penghargaan

Program Kesedaran dan Penghargaan

SBC telah memperakui tentang pentingnya kesedaran dan penghargaan di kalangan masyarakat terhadap aplikasi-aplikasi dan usaha-usaha berkaitan bioteknologi.

 

Objektif-objektif Program Kesedaran dan Penghargaan terhadap Kepelbagaian Biologi-Bioteknologi (Biodiversiti-Bioteknologi) di Pusat Kepelpagaian Biologi Sarawak (SBC) adalah:

  • memberi peluang kepada masyarakat untuk melibatkan diri dalam program Kesedaran dan Penghargaan di SBC serta meningkatkan penghargaan terhadap kekayaan kepelbagaian biologi dan usaha-usaha bioteknologi di Sarawak
  • menganjurkan seminar dan forum yang menekankan kepada topik-topik kepelbagaian biologi-bioteknologi, dengan memberi sasaran kepada penggubal undang-undang, pegawai-pegawai turus kerajaan, ahli-ahli akademik, penyelidik dan saintis, wakil-wakil industri dan media
  • mengumpulsemak serta menyebarkan maklumat dan fakta yang tepat tentang kepelbagaian biologi-bioteknologi kepada masyarakat melalui media, penerbitan dan sesi-sesi interaktif seperti pameran, seminar, forum, ceramah umum dan sesi dialog.

Di bawah program ini, SBC menyediakan landasan dan peluang kepada masyarakat  dan kumpulan sasaran tertentu (seperti saintis, penyelidik, penggubal polisi, ahli perniagaan/industri, pelabur) untuk berkongsi pengalaman dan buah fikiran serta membincangkan gaya, hala tuju dan isu-isu berkaitan kepelbagaian biologi, bioprospek dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) melalui seminar, bengkel, persidangan, forum, ceramah umum, sesi dialog dan pameran.

SBC turut menyediakan peluang kepada masyarakat khususnya pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk mempelajari tentang kekayaan kepelbagaian biologi di negeri ini, tentang nilai Pengetahuan Tradisional komuniti-komuniti pribumi, aplikasi-aplikasi bioteknologi dalam 'bioprospecting' serta peluang kerjaya dalam bidang-bidang berkaitan melalui Lawatan Sambil Belajar ke SBC, ceramah di sekolah-sekolah/institusi-institusi dan organisasi-organisasi juga ceramah kerjaya di sekolah-sekolah.


Cetak   Emel
Image

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami melalui kontak tertera:

KM20, Jalan Borneo Heights, Semengoh, 93250 Kuching, Sarawak, Malaysia.
+6082610610

Maklumat Lanjut

Terma

Useful Links