Aroma Biodiversiti

Aroma Biodiversiti

Kepelbagaian biologi boleh menghasilkan pelbagai bahan kimia yang menarik. Sesetengah tumbuhan mempunyai minyak pati yang beraroma dimana ia menghasilkan wangian yang boleh dibezakan oleh komposisi-komposisi kimia yang tidak menentu. Kebanyakan tumbuhan ini telah digunakan secara tradisi dalam bentuk ubat-ubatan, sebagai wangian dan perasa untuk makanan.

Pada tahun 2006, Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) telah memulakan satu projek yang dipanggil Pembangunan Perubatan dan Minyak Beraroma dari Tumbuhan-tumbuhan Asli Sarawak. Tujuan projek ini adalah untuk menyenarai, menganalisis dan membangunkan minyak beraroma dari kepelbagaian biologi Sarawak.

Matlamat projek ini adalah untuk membina rantaian nilai dari pembekalan bahan-bahan mentah kepada pengeluaran penjagaan kesihatan dan produk-produk perubatan di kalangan komuniti-komuniti yang telah berkongsi maklumat ke atas tumbuhan minyak pati yang mereka gunakan.

Setakat ini, SBC telah mengumpul dan menganalisis lebih daripada 100 pelbagai jenis minyak pati dan sedang mencari kerjasama dan usahasama dengan syarikat-syarikat antarabangsa untuk menilai potensinya terhadap penjagaan kesihatan, wangian dan perasa makanan.

Image

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami melalui kontak tertera:

KM20, Jalan Borneo Heights, Semengoh, 93250 Kuching, Sarawak, Malaysia.
+6082610610

Maklumat Lanjut

Perkhidmatan Atas Talian

Terma

Pautan Berguna