Pada 17 Septermber 2019, YB Dr Xavier Jayakumar, Menteri dari Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dan delegasi beliau telah melawat SBC. Beliau disambut oleh Pengerusi Majlis Kepelbagaian Biologi Sarawak, YBhg Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot dan staff SBC.
Beliau serta delegasi diberi taklimat tentang fungsi-fungsi dan pencapaian SBC. Kerjasama bersama SBC juga dibincangkan semasa lawatan tersebut.


















