Sambutan hari Biodiversiti tahunan di perkarangan SBC

Jumlah Paparan: 779

DSC07904 Large

KUCHING: Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) menyambut Hari Baiodiversiti tahunan mereka pada 4 Mei 2019 di perkarangan pejabat mereka yang bertempat di Jalan Borneo Heights, Semengoh.

Sambutan ini bersempena dengan Hari Kebangsaan Kepelbagaian Biologi United Nation yang disambut pada 22 Mei setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kepelbagaian biologi serta isu-isu yang berbangkit.

 DSC07953 Large

Tema pada tahun ini adalah “Our Biodiversity, Our Food, and Our Health”. Ianya adalah salah satu dari inisiatif untuk menggalakkan orang awam terutamanya generasi muda untuk menarik minat mereka dalam kepelbagaian biologi, sains dan penyelidikan.

SBC telah membuka lebih daripada 30 tapak pameran yang terdiri daripada permainan sains, aktiviti-aktiviti pengetahuan tradisional, pertunjukan kraf dan makanan tradisi masyarakat pribumi dan pameran pihak agensi yang berkaitan seperti Sarawak Forestry Corporation (SFC), Wildlife Conservation Society, Malaysia (WCS), Forest Department Sarawak (SFD), and CRAUN Research Sdn Bhd.

IMG 1799 Large

Sebanyak 22 orang kanak-kanak menyertai peraduan mewarna bertemakan kepelbagaian biologi. Jacyntha Wong Xiao Xiao adalah johan kepada peraduan ini manakala Ng Man Ling (tempat kedua) and Dhiya Zahirah Tony (tempat ketiga).

Komuniti-komuniti pribumi yang bekerjasama dengan SBC dalam mendokumentasi pengetahuan tradisional juga mengambil bahagian dalam pameran. Komuniti-komuniti ini banyak mengajar SBC bagaimana sesuatu tumbuhan digunakan secara tradisional terutama sekali dalam tujuan perubatan.

IMG 1564 Large

Setelah SBC mendapat keizinan daripada komuniti-komuniti yang terlibat, barulah projek dokumentasi berikut boleh dijalankan. SBC membuat penyelidikan ke atas tumbuhan dan sumber biologi yang diperolehi dari projeck tersebut untuk mencari aplikasi yang boleh diguna dalam industri penjagaan firi, herba, dan perubatan.

Sebagai satu contoh, aplikasi yang dipamerkan adalah produk penjagaan diri LitSara®. Sejumlah hasil yang diperolehi dari jualan produk ini akan dikongsi bersama komuniti-komuniti yang bekerjasama dalam projek ini.

Selain itu, SBC juga mempunyai tapak pameran khas iaitu "biodiscovery pathway" dimana golongan profesional, komuniti penyelidik dan badan-badan korporat boleh mengetahui lebih lanjut bagaimana hendak mengadakan kolaborasi dengan SBC.

IMG 1654 Large

Pada tahun ini, lebih daripada seribu pengunjung telah datang menyertai sambutan ini dimana ianya lebih ramai daripada tahun-tahun sebelumnya. SBC berharap agar ianya akan terus bertambaha dari tahun ke tahun bagi mencapai inisiatif SBC dalam meningkatkan kesedaran masyarakat umum terhadap kepelbagaian biologi.

Klik di sini untuk lebih banyak gambar.