Pusat Mikrob SBC mempunyai 12,869 strain actinobacteria dan 7,650 fungus yang disaring dari pelbagai sampel alam persekitaran yang dikutip di Sarawak. Strain mikrob ini dikultur dalam pelbagai media yang telah membawa sebanyak 27,933 ekstrak yang telah disaring untuk mengkaji aktiviti-bio nya terhadap fungus, yis, dan bakteria.
Gambarajah di atas menunjukkan profil anti-mikrobial untuk ekstrak-ekstrak actinobacteria dan fungus yang disaring terhadap panel strain ujikaji. Strain ujikaji dikemaskini dari masa ke semasa.
Gambarajah di atas pula menunjukkan profil aktiviti-bio untuk 647 strain actinobacteria dan 342 strain fungus dengan 99% "blast homology" dan ke bawah (potensi ke arah spesis baru atau genus). Strain-strain baru aktiviti-bio ini berpotensi ke arah kajian lanjutan atau yang lebih mendalam.
Gambarajah di atas menunjukkan aktiviti antimikrobial spesifik untuk 342 actinobacteria dengan 99% "blast homology" dan ke bawah.
Gambarajah ini menunjukkan aktiviti antimikrobial spesifik untuk 647 strain fungus dengan 99% "blast homology" 99% dan ke bawah.
Berminat dengan koleksi mikrob kami? Hubungi kami di sini.