Sarawak Biodiversity Centre

  • Besarkan saiz tulisan
  • Saiz default tulisan
  • Kecilkan saiz tulisan
Home Program Dokumentasi TK & Taman Kepelbagaian Biologi Program Taman Kepelbagaian Biologi (Biodiversiti)

Program Taman Kepelbagaian Biologi (Biodiversiti)

Cetak PDF

Program Taman Kepelbagaian Biologi telah dilaksanakan pada 5 Oktober 2006 untuk menyokong Program Dokumentasi Pengetahuan Tradisional, Program R&D (Penyelidikan & Pembangunan) serta Program Kesedaran dan Penghargaan.

Program ini menyumbang kepada peningkatan kesedaran dan penghargaan terhadap tumbuh-tumbuhan asli Sarawak di kalangan semua peringkat masyarakat, melahirkan kefahaman yang lebih mendalam terhadap kegunaan tumbuh-tumbuhan tersebut serta menyediakan bekalan bahan mentah yang mencukupi untuk tujuan penyelidikan ke atas tumbuh-tumbuhan yang mungkin berpotensi untuk bidang-bidang pembangunan produk, komersial atau penemuan ubat-ubatan.

 

Taman Kepelbagaian Biologi juga menyediakan tapak untuk pemuliharaan ex-situ ke atas tumbuh-tumbuhan asli yang berguna yang dikumpul di bawah Program Dokumentasi Pengetahuan Tradisional.

 

Penekanan adalah diberikan kepada pengumpulan, pembiakan dan penanaman ke atas flora  asli Sarawak, khususnya tumbuh-tumbuhan berguna yang digunakan oleh komuniti-komuniti pribumi di negeri ini.

 

Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 12 April 2011 00:54  

Log Masuk

Sila hubungi penyelia laman web mengenai maklumat log masuk untuk muat turun fail terhad.

Kaunter Pelawat

Jumlah lawatan:46347
Tarikh semenjak:2009-08-27