Terdapat 36 kumpulan pribumi yang berbeza di Sarawak dan ini dapat dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan besar seperti berikut: Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melanau dan Melayu. Setiap kumpulan etnik ini telah mewarisi pengetahuan tradisional yang luas daripada nenek moyang mereka dan sebahagian besarnya tidak pernah didokumentasikan. Pengetahuan ini termasuklah amalan yang telah dilakukan berkurun lamanya seperti penanaman sumber makanan dan bagaimana untuk terus hidup dalam alam sekitar mereka. Penggunaan dan pengurusan sumber-sumber biologi oleh masyarakat pribumi ini sedari zaman dahulu dikenali sebagai pengetahuan tradisional.




