Sarawak dianugerahi dengan berbagai kekayaan sumber biologi seperti kepelbagaian biologi, yang berpotensi untuk aplikasi-aplikasi unik dalam penjagaan kesihatan, pertanian dan industri. Bioprospek ke atas kepelbagaian biologi untuk mencari potensi dan aplikasi-aplikasi yang berguna sangat bergantung kepada perlaksanaan program penyelidikan dan pembangunan (P&P) yang kukuh melibatkan berbagai peralatan saintifik termasuklah bioteknologi.
Biotechnologi menggunapakai pengetahuan tentang sistem biologi untuk menjana bio-produk yang berguna dan aplikasi-aplikasi untuk kehidupan seharian kita seperti ubat-ubatan, makanan dan alam sekitar. Bioteknologi dan pembangunan bio-industri juga telah dianggap sebagai jentera pembangunan negeri dan negara.
Program P&P di SBC menekankan kepada penemuan-penemuan dalam sumber-sumber biologi yang membawa kepada pembangunan terapi herba, nutraseutikal, kosmeseutikal untuk penjagaan kesihatan dan ubat-ubatan farmaseutikal untuk mengawal penyakit-penyakit seperti kanser dan agen-agen berjangkit yang lain. Program ini juga memberi sasaran kepada penemuan bahan-bahan kimia dan enzim-enzim daripaa sumber-sumber biologi yang mungkin berguna untuk aplikasi-aplikasi yang luas seperti produk-produk berasaskan industri seperti minyak pati, bio-pestisid dan pewarna komersial.
Objektif-objektif program ini adalah:
- menubuhkan perpustakaan produk-produk semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan mikrob yang berguna - poster
- saringan ke atas sebatian-sebatian anti-kanser, anti-kulat, anti-bakteria, anti-radang dan anti-protease daripada perpustakaan produk-produk semulajadi
- saringan ke atas aktiviti lipase dan protein-protein immuno-modulatory/sebatian-sebatian daripada perpustakaan produk semulajadi
- pengasingan dan penjujukan gen daripada mikrob yang berguna yang mempunyai aplikasi-aplikasi perubatan dan perindustrian
- membangunkan keupayaan kultur-tisu tumbuhan untuk pembiakan secara besar-besaran dan transformasi genetik
- membangunkan kemahiran analitikal untuk penetapan struktur sebatian-sebatian bioaktif
- melatih dan membangun sumber manusia negeri ini dalam bidang bioteknologi
- menarik usahasama dan pelaburan saintifik daripada syarikat-syarikat bioteknologi/farmaseutikal
- membantu dalam membangunkan bioindustri negeri Sarawak dengan menyediakan bioproduk yang berpotensi untuk dikomersialkan.
Program P&P di SBC disokong oleh 7 buah makmal serba lengkap dan khusus (pengekstrakan, biokimia, mikrobiologi, biologi molekular, kultur-tisu tumbuhan, kimia analitikal dan bioinformati (rujuk Program Bioinformatik), kakitangan bersama saintis-saintis terlatih yang bekerja dalam suasana kondusif bertujuan untuk penyelidikan inovatif yang memberi fokus kepada kepelbagaian biologi.
Kemudahan-kemudahan P&P di SBC mampu menyediakan Negeri Sarawak dengan matlamatnya untuk menjalankan bioprospek ke atas kepelbagaian biodiversitinya melalui P&P dan berkongsi faedah daripada penemuan-penemuan ini kepada rakyat. Penemuan-penemuan ini akan menyediakan saluran bio-produk untuk bio-industri bagi memulakan dan menjana pulangan ekonomi dan pendapatan kepada negeri pada masa hadapan.




