Sarawak Biodiversity Centre

  • Besarkan saiz tulisan
  • Saiz default tulisan
  • Kecilkan saiz tulisan
Home Program Pengawalan Penyelidikann Kepelbagaian Biologi

Pengawalan Penyelidikan Kepelbagaian Biologi

Cetak PDF

Di bawah peruntukan Ordinan Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (Pindaan) 2003, Majlis Kepelbagaian Biologi Sarawak telah diberi tanggungjawab untuk mengawal penyelidikan ke atas sumber-sumber biologi sebagaimana ditakrifkan oleh ordinan dan juga eksport ke atas sumber-sumber biologi di Sarawak.  Untuk melaksanakan tugas-tugas ini, SBC telah menyediakan Sistem Permit Penyelidikan yang menyediakan empat jenis permit: Permit untuk Mengumpul Sumber-Sumber Terlindung, Permit Eksport, Permit Jualan Sumber-Sumber Terlindung dan Permit Penyelidikan Etnobotani.

 

Proses permohonan bermula dengan menghantar permohonan melalui borang yang telah diperuntukkan oleh Majlis.  Permohonan kemudiannya akan di hantar kepada sekurang-kurangnya dua penilai teknikal bebas yang pakar dalam persoalan bidang penyelidikan.  Seterusnya penilai-penilai ini akan menghantar penilaian teknikal mereka terhadap kebolehlaksanaan dan nilai penyelidikan yang dicadangkan serta ke atas kebolehan teknikal pemohon untuk melaksanakan penyelidikan tersebut.

 

Penilaian-penilaian teknikal ini seterusnya akan diserahkan kepada Majlis untuk dipertimbangkan.  Jika Majlis meluluskan permohonan tersebut, SBC seterusnya akan menyediakan deraf Perjanjian Penyelidikan untuk dibincangkan bersama pemohon.  Apabila kedua-dua pihak bersetuju, Perjanjian Penyelidikan akan dimuktamadkan dan ditandatangani dan permit yang diperlukan akan dikeluarkan oleh SBC sebagai wakil pihak Majlis kepada pemohon-pemohon yang berjaya.

 

Click here to download the Research Permit Application Form. You will require Adobe® Reader® 7.0 or higher open the file. You can download the program from the Adobe® website.

 

NOTE: Those who intend to apply to conduct research in Sarawak are advised to download and read the following documents before proceeding to fill in the Research Application Form:

  • The Sarawak Biodiversity Centre Ordinance 1997
  • The Sarawak Biodiversity Centre (Amendment) Ordinance 2003
  • The Sarawak Biodiversity Regulations 2004
Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 27 Mac 2012 23:36  

Log Masuk

Sila hubungi penyelia laman web mengenai maklumat log masuk untuk muat turun fail terhad.

Kaunter Pelawat

Jumlah lawatan:46347
Tarikh semenjak:2009-08-27