Sarawak Biodiversity Centre

  • Besarkan saiz tulisan
  • Saiz default tulisan
  • Kecilkan saiz tulisan
Home Program Program Kesedaran

Program Kesedaran

Cetak PDF

SBC telah memperakui tentang pentingnya kesedaran dan penghargaan di kalangan masyarakat terhadap aplikasi-aplikasi dan usaha-usaha berkaitan bioteknologi.


Objektif-objektif Program Kesedaran dan Penghargaan terhadap Kepelbagaian Biologi-Bioteknologi (Biodiversiti-Bioteknologi) di Pusat Kepelpagaian Biologi Sarawak (SBC) adalah:

  • memberi peluang kepada masyarakat untuk melibatkan diri dalam program Kesedaran dan Penghargaan di SBC serta meningkatkan penghargaan terhadap kekayaan kepelbagaian biologi dan usaha-usaha bioteknologi di Sarawak
  • menganjurkan seminar dan forum yang menekankan kepada topik-topik kepelbagaian biologi-bioteknologi, dengan memberi sasaran kepada penggubal undang-undang, pegawai-pegawai turus kerajaan, ahli-ahli akademik, penyelidik dan saintis, wakil-wakil industri dan media
  • mengumpulsemak serta menyebarkan maklumat dan fakta yang tepat tentang kepelbagaian biologi-bioteknologi kepada masyarakat melalui media, penerbitan dan sesi-sesi interaktif seperti pameran, seminar, forum, ceramah umum dan sesi dialog.

 

Di bawah program ini, SBC menyediakan landasan dan peluang kepada masyarakat  dan kumpulan sasaran tertentu (seperti saintis, penyelidik, penggubal polisi, ahli perniagaan/industri, pelabur) untuk berkongsi pengalaman dan buah fikiran serta membincangkan gaya, hala tuju dan isu-isu berkaitan kepelbagaian biologi, 'bioprospecting' dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) melalui seminar, bengkel, persidangan, forum, ceramah umum, sesi dialog dan pameran.

SBC turut menyediakan peluang kepada masyarakat khususnya pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk mempelajari tentang kekayaan kepelbagaian biologi di negeri ini, tentang nilai Pengetahuan Tradisional komuniti-komuniti pribumi, aplikasi-aplikasi bioteknologi dalam 'bioprospecting' serta peluang kerjaya dalam bidang-bidang berkaitan melalui Lawatan Sambil Belajar ke SBC, ceramah di sekolah-sekolah/institusi-institusi dan organisasi-organisasi juga ceramah kerjaya di sekolah-sekolah.

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 09 September 2010 15:25  

Log Masuk

Sila hubungi penyelia laman web mengenai maklumat log masuk untuk muat turun fail terhad.

Kaunter Pelawat

Jumlah lawatan:46347
Tarikh semenjak:2009-08-27