Sarawak Biodiversity Centre

  • Besarkan saiz tulisan
  • Saiz default tulisan
  • Kecilkan saiz tulisan
Home Program Bioinformatik

Program Bioinformatik

Cetak PDF

Bioinformatik adalah satu bidang sains di mana biologi, sains komputer dan teknologi maklumat digabungkan dalam satu disiplin.  Tujuan bidang ini adalah untuk membolehkan penemuan dalaman biologi yang baru serta mencipta perspektif global di mana penyatuan prinsip-prinsip dalam biologi dapat dicerap.


Bioinformatik bolehlah difahami sebagai bidang yang merangkumi dua interdisiplin sub bidang-bidang seperti:

  • kerja penyelidikan dan pembangunan yang diperlukan untuk membina perisian dan infrastruktur pengkalan data
  • penyelidikan berasaskan komputer yang menekankan kepada pemahaman dan penyelesaian persoalan-persoalan biologi

 

Matlamat Program Bioinformatik di SBC adalah untuk menyediakan SBC dengan infrastruktur teknologi maklumat (IT) bagi penyelidikan bioinformatik, penstoran dan pengurusan pengkalan data dan juga untuk memenuhi fungsi statutori SBC untuk mengekalkan 'rekod dan pengkalan data bagi sumber-sumber biologi yang terdapat di Sarawak.

 

Objektif-objektif program ini adalah:

  • membangunkan sistem pengkalan data yang bersepadu bagi penyeliaan, mendapatkan semula, serta menganalisa maklumat biologi untuk membatu dalam program penyelidikan dan pembangunan
  • membangunkan aplikasi pengkalan data pengetahuan tradisional yang telah disebarkan untuk mengekalkan dan mendapatkan semula data berkaitan pengetahuan tradisional daripada pelbagai komuniti
  • menyediakan pengurusan dan pengendalian kemasukan kepada data biologi yang selamat, berkeupayaan dan berskala.

 

Hasil utama daripada program ini adalah Pusat Data Bioinformatik untuk pengkalan data kepelbagaian biologi atau sumber-sumber semulajadi, penyelidikan dan pembangunan; perpustakaan produk semulajadi dan sistem inventori; pengkalan data pengetahuan tradisionall bagi komuniti-komuniti pribumi Sarawak.  Pusat ini akan menampilkan:

  • pusat penyimpanan dan pengambilan semula data kepelbagaian biologi yang berkapasiti tinggi, berkelajuan tinggi dan dinamik
  • sistem pengkalan data yang bersepadu daripada taksonomi kepada pengetahuan tradisional dan kepada perpustakaan produk semulajadi
  • menyebarkan aplikasi pengkalan data untuk pendokumentasian pengetahuan tradisional
  • website tentang komuniti-komuniti pribumi serta warisan dan pengetahuan tradisional mereka

 

Program Bioinformatik dijangka akan membawa kepada pengambilan semula maklumat tentang kepelbagaian biologi dan sumber-sumber biologi dengan lebih pantas, tepat dan terkini sebagai input dalam proses membuat keputusan oleh kerajaan negeri serta membantu dalam pertukaran bahan/maklumat di antara agensi-agensi kerajaan dan institusi-institusi antarabangsa seumpanya.

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 27 Ogos 2009 13:16  

Log Masuk

Sila hubungi penyelia laman web mengenai maklumat log masuk untuk muat turun fail terhad.

Kaunter Pelawat

Jumlah lawatan:46347
Tarikh semenjak:2009-08-27