Rabu, Ogos 23, 2017

Pin It Button
Claudia

Claudia Jenai Yeong
Bachelor of Science with Honours in Resource Biotechnology,
Universiti Malaysia Sarawak

Saya adalah pelajar tahun kedua Bachelor of Science with Honours in Resource Biotechnology dari Universiti Malaysia Sarawak semasa saya memohon untuk melakukan latihan industri selama 10 minggu di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC). Saya diIetakkan di Makmal Mikrobiologi di seksyen fungus.

Saya memang sentiasa teruja dengan organisma mikro. Ianya amat mengagumkan kerana dapat berkembang dengan cepat. SBC telah memberi peluang kepada saya untuk mengetahui lebih banyak mikroorganisma seperti fungus dan actinomyces melalui proses-proses seperti "seeding", "fermentation", "extraction" dan lain-lain. SBC menjadi inspirasi kepada saya dalam meneruskan lagi penyelidikan ke atas mikroorganisma dan keupayaannya untuk menambahbaik komunitinya.


Emily

Emily Rachel Ak Aing
Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)

SBC telah memberi peluang kepada saya untuk mengalami pengalaman bekerja di dalam bidang penyelidikan. Ianya amat mencabar akan tetapi sangan berguna kerana saya telah mendapat pengetahuan dan melakukan kerja-kerja tersebut secara praktik. Semasa latihan, saya diletakkan di Makmal Mikrobiologi. Seya telah diajar tentang bagaimana melakukan "isolation and morphological identification of actinobacteria". Saya juga telah mempelajari bagaimana melakukan "seeding, fermentation and extraction of actinobacteria".

Selama latihan industri ini, perkembangan ke arah menjadi seorang saintis dan penyelidik amat dirasai. Saya berharap disuatu hari nanti saya dapat menyumbang kepada alam kemanusiaan yang lebih baik melaui pengetahuan dalam bioteknologi sumber dan merungkai kepelbagaian biologi Sarawak yang saya percaya mempunyai pelbagai potensi dalam Sains. Di masa akan datang, saya ingin mengembangkan pengetahuan dan kemahiran di dalam industri untuk mencapai karier sebagai seorang saintis yang berjaya. Sebagai seorang saintis muda, saya percaya, kunci kepada kehebatan anda adalah tidak takut mengambil risiko dan peluang di dalam hidup.


Kevin

Kevin Chee Kai Wen
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Ianya satu penghormatan untuk saya melakukan latihan industri di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC). Selama 12 minggu di SBC, saya telah diletakkan di Makmal Kimia Analisis dimana saya telah mempelajari banyak benda. Dari penyediaan sampel kepada analisis data, ianya mungkin nampak mudah, namun seseorang harus menguasai pelbagai kemahiran untuk melakukan tugasan-tugasan ini.

Suasana bekerja di SBC amat selesa dimana persekitarannya amat menyenangkan dan kesemua staf disini amat peramah, yang saya percaya adalah motivasi kepada kesemua orang disini termasuk diri saya sendiri.

SBC telah memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi lebih berdedikasi untuk melakukan pelbagai tugasan. Di SBC, setiap orang mempunyai tugasan sendiri dan cara mereka menyelesaikan tugasan ini amat cekap. Ini juga telah memberi gambaran kepada saya tentang bagaimanakah rupa alam pekerjaan yang saya idam-idamkan.


Felicia

Felicia Syupie Anak Gunong
Degree in Applied Science (Biodiversity Conservation and Management),
Universiti Malaysia Terengganu(UMT)

Saya adalah pelajar Degree in Applied Science (Biodiversity Conservation and Management) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). SBC adalah tempat paling sesuai untuk saya melakukan latihan industri. Di SBC, saya diletakkan di bawah program Dokumentasi Pengetahuan Tradisional. Saya telah banyak belajar, walaupun baru tiga minggu di sini. Saya telah mempelajari bagaimana untuk menyediakan spesimen-spesimen herbarium diman tumbuhan ini dikutip daripada komuniti-komuniti pribumi di Sarawak. Spesimen-spesimen ini adalah untuk tujuan pemeliharaan dan rujukan dimasa akan datang.

Dengan mempelajari aktivitii-aktiviti utama SBC, dimana salah satunya adalah merungkai tumbuh-tumbuhan untuk didokumentasi dan dibangunkan kepada pelbagai produk-produk semulajadi, ianya telah meningkatkan minat saya untuk mengikut serta kerja-kerja penyelidikan dimasa akan datang. Semasa mengemaskini senarai tumbuh-tumbuhan, saya mendapati terdapat banyak tumbuhan yang mempunyai kegunaan yang menarik kepada manusia terutamanya dalam bidang perubatan. Oleh itu, dimasa hadapan saya ingin menjadi seseorang yang akan menjalankan peyelidikan saintifik terhadap tumbuhan yang digunakan untuk merawat kanser.


Kimberly

Kimberly Anak Namig
Degree in Resource Chemistry,
Universiti Malaysia Sarawak(Unimas)

Saya sekarang dalam tempoh tahun kedua pengambilan jurusan Resource Chemistry bachelor degree di Unimas. Bekerja di SBC membuatkan anda menimba pelbagai pengalaman yang berguna sebagai langkah pertama sebelum anda masuk ke alam pekerjaan yang sebenar. SBC adalah platform terbaik untuk kita mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran dan bekerja bebas di dalam makmal.

Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) mengfokus ke arah penemuan dalam bidang kesihatan, perubatan dan produk-produk biologi dari sumber-sumber biologi Sarawak. Saya teruja dengan ciptaan produk terutamanya LitSara tujuan penjagaan diri yang menggunakan ramuan semulajadi. Melakukan latihan industri di sini telah memberi inspirasi kepada saya dengan idea-idea penyelidikan ke atas kepelbagaian biologi yang boleh memberi faedah kepada manusia.


Kho

Kho Ying Han
Bachelor of Science (Hons) (Biology),
Universiti Sains Malaysia

Saya bakal menjadi pelajar tahun akhir untuk Bachelor of Science (Hons) (Biology) di Universiti Sains Malaysia, jurusan dalam botani dan pengkhususan dalam Pengurusan. Saya diletakkan di bawah program Dokumentasi Pengetahuan Tradisional, dan saya amat bersyukur keran telah bertemu dengan penyelia yang berpengalaman dan rakan sekerja yang ringan tangan yang amt bermurah hati berkongsi pengetahuan dan membimbing saya dalam pendokumentasi pengetahuan tradisional dan pemuliharaan. Selain itu, saya berpeluang untuk bekerja di Makmal Kultur tisu tumbuhan untuk mempelajari bagaimana kerja-kerja pengkulturan tisu tumbuhan dan pemuliharaan dilakukan. Pengalaman berguna ini sudah pasti amat berguna dalam kerja-kerja penyelidikan dan karier masa akan datang. 

Saya berasa bertuah kerana telah diberi peluang untuk merasa bagaimana bekerja dalam industri ini, selain membiasakan diri untuk merasa alam pekerjaan yang sebenar. Kami telah diajar bagaimana untuk berfikiran terbuka, menghargai komunikasi, dan memberi peluang. saya juga telah mempelajari kepentingan dalam emelihara pengetahuan asli dan menghargai kekayaan kepelbagaian biologi ini.


Hanis

Nur Hanis Balqis Bt Harun
Degree in Bachelor of Resource Biotechnology,
Universiti Malaysia Sarawak (Unimas),

Pada masa ini, saya seorang pelajar Degree in Bachelor of Resource Biotechnology di Universiti Malaysia Sarawak dan diletakkan dibawah Makmal Mikrobiologi. Saya melakukan tugasan seperti bioassay, fungi, and actinomycetes group researches. Selain itu, saya juga mempelajari bagaimana hendak melakukan kerja-kerja Polymerase Chain Reaction di Makmal Biologi Molekul dan pengendalian sapel-sampel tumbuhan untuk makmal kimia analisis.

Saya berharap agar, ia dapat membantu graduan-graduan baharu seperti saya dapat mengembangkan kemahiran dalam melakukan tugasan-tugasan makmal dan mengendalikan mikrob untuk menjadi ahli mikrobilogi yang pakar kerana ianya kerjaya yang saya idamkan selama ini dan melakukan penyelidikan tentang benda-benda hidup di dunia ini.


Vest

Vest Vikkison Anak Moses
Universiti Malaysia Sarawak (Unimas),

Mula-mula sekali, sayang ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pusat Keplebagaian Biologi Sarawak (SBC) kerana telah menerima permohonan saya untuk melakukan latihan industri di sini. Visi dan misi SBC telah berjaya menarik minat saya untuk menyertai kumpulan SBC yang inovatif ini.

Sesudah latihan saya dijalankan disini, terdapat banyak perkara-perkara baharu yang saya pelajari dan kemahiran baru yang saya gunakanselain daripada yang saya sendiri telah dengar selama ini. Selain itu, staf yang peramah disini membuatkan saya menggunakan sebaik mungkin masa saya disini.

Sebagai seorang pelajar jurusan kimia, bercita-cita untuk menjadi salah seorang penyelidik ke atas penemuan baharu dalam bidang kimia. Oleh kerana kompaun kimia yang amat besar, penemuan baharu yang berguna untuk kehidupan yang lebih baik tidak bersempadan.


Vivil

Vivil Anak Bakas
Universiti Malaysia Sarawak (Unimas),

Saya amat tertarik dan teruja dengan fokus SBC iaitu memulihara alam sekitar dan pendokumentasian pengetahuan tradisional yang memberi faedah kepada komuniti-komuniti dan juga generasi muda.

Pada masa yang sama, saya dapat membantu komuniti saya dalam membuat penemuan baharu dan memastikan tumbuhan ini digunakan sebagai perubatan moden dan tradisional. Saya nerharap dapat membangunkan sesuatu organisasi untuk melakukan program-program kesedaran agar generasi muda di kawasan pendalaman dapat mengetahui sedikit sebanyak pengetahuan tentang pentingnya memulihara sumber-sumber semulajadi.

Saya akan cuba membuatkan mereka berminat dahulu dengan memberitahu faedah sumber semulajadi dan berharap agar mereka dapat keluar dengan produk mereka sendiri dan menunjukkan bagaimana hendak membangunkannya.


Adakah anda tertarik dengan pengalaman mereka dan ingin merasai alam pekerjaan di SBC yang menarik dan mencabar? Lawati pautan ini untuk mengetahui jurusan-jurusan lain yang kami terima.