Pricing Table Particle

Quickly drive clicks-and-mortar catalysts for change
  • Basic
  • Standard Compliant Channels
  • $50
  • Completely synergize resource taxing relationships via premier market
  • 1 GB of space
  • Support at $25/hour
  • Sign Up
  • Premium
  • Standard Compliant Channels
  • $100
  • Completely synergize resource taxing relationships via premier market
  • 10 GB of space
  • Support at $15/hour
  • Sign Up
  • Platinum
  • Standard Compliant Channels
  • $250
  • Completely synergize resource taxing relationships via premier market
  • 30 GB of space
  • Support at $5/hour
  • Sign Up

Anatassia Binti Johari

Anatassia Binti Johari
Diploma in Industrial Chemistry
UiTM Sarawak Kampus Samarahan 2

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada SBC kerana menerima permohonan latihan industri saya. Saya telah diterima menjalani latihan selama 3 bulan. Baru sahaja memasuki bulan kedua, saya telah mengalami pengalaman yang cukup menarik.

Saya telah ditugaskan ke Makmal Kimia Analisis. Sejak minggu pertama, saya telah diajar bagaimana hendak melakukan penyediaan, pengekstrakan dan analisis tumbuhan.

Sebab mengapa saya menikmati semua itu adalah kerana pengalaman yang saya dapatkan. Teori-teori yang telah saya pelajari sepanjang ini telah dilaksanakan dengan teknik-teknik baru yang telah diajarkan kepada saya oleh kakitangan SBC.

Bukan sahaja mempunyai staf-satf yang peramah malah amat pringan tangan membuatkan mereka adalah mentor yang hebat.

Pengalaman latihan saya di sini pasti akan membantu saya menyesuaikan diri dengan keadaan kerja sebenar pada masa akan datang. Saya juga berasa bangga untuk menjadi sebahagian daripada komuniti kepelbagaian biologi.

Kathleen Gupie

Kathleen Gupie
Diploma in Industrial Chemistry
UiTM Sarawak Kampus Samarahan 2

Hi. Saya Kathleen Gupie, seorang pelajar tahun akhir dan kini mengambil Diploma dalam Kimia Perindustrian dari UiTM Kampus Samarahan 2. Ini adalah satu peluang yang baik untuk menjadi pelatih industri di SBC dan saya akan melakukan latihan selama 3 bulan.

Walaupun saya telah berada di sini hanya selama 5 minggu, terdapat banyak pengalaman yang saya dapati dan saya juga belajar perkara baru terutama di Makmal Kimia Analitikal, Makmal Pengekstrakan dan Makmal Penyediaan. Saya juga mengalami perkara-perkara yang saya tidak pernah lakukan dan mendapat pengetahuan tentang ciri-ciri tumbuhan dan bagaimana rupanya. Saya berharap untuk minggu-minggu akan datang, akan terdapat lebih banyak lagi benda yang saya boleh pelajari di SBC. Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua staf SBC atas pengalaman yang anda berikan kepada saya dan sanggup mengajar saya.

Harap saya boleh menggunakannya pada masa akan datang.

Wong Chung Hung

Wong Chung Hung
Bachelor of Bioindustrial Science
University Putra Malaysia Campus Bintulu Sarawak

Saya adalah pelajar tahun ketiga Sarjana Sains Bioindustri di Kampus Universiti Putra Malaysia Bintulu Sarawak. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada SBC kerana memberikan peluang kepada saya untuk menjalankan latihan perindustrian saya di pusatnya.

Saya telah ditugaskan dibahagian Dokumentasi Pengetahuan Tradisional (TK). Saya telah mempelajari kaedah jahitan spesimen herbarium yang dikumpulkan dari masyarakat di Sarawak.Spesimen herbarium adalah untuk rujukan dan penyimpanan masa depan. Selain itu, saya juga telah ditugaskan di makmal kultur tisu tumbuhan dan mempelajari prosedur untuk melakukan pengkulturan tisu tumbuhan.

Saya juga berpeluang pergi ke lapangan dibawah program Dokumentasi Pengetahuan Tradisional (TK) kerana tempoh latihan industri saya adalah 22 minggu di SBC. Kerja-kerja lapangan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di kawasan pedalaman tentang nilai kepelbagaian biologi di hutan sekitar kampung mereka.

Sabastian Jose Huge

Sebastian Jose Hugh
International College Advance Technology Sarawak (ICATS)
Diploma in Plantation Management

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak kerana menerima saya untuk melengkapkan latihan perindustrian saya di sini dan saya ditugaskan ke di bawah program Dokumentasi Pengetahuan Tradisional dan makmal Kultur Tisu Tumbuhan.

Terdapat banyak perkara baru yang saya pelajari selain apa yang telah diajar dalam pelajaran saya. Pengalaman yang saya alami dalam 13 minggu sangat penting dan sesuatu yang saya tidak boleh lupa. SBC juga memberi saya peluang untuk melakukan perjalanan untuk menyelesaikan tugas dan melawat komuniti Pengetahuan Tradisional. Saya berharap pengalaman dan kemahiran baru yang saya pelajari akan memberi manfaat kepada pembelajaran saya di kolej.


Berminat untuk menjalankan latihan industri di SBC? Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut.

Claudia

Claudia Jenai Yeong
Bachelor of Science with Honours in Resource Biotechnology,
Universiti Malaysia Sarawak

Saya adalah pelajar tahun kedua Bachelor of Science with Honours in Resource Biotechnology dari Universiti Malaysia Sarawak semasa saya memohon untuk melakukan latihan industri selama 10 minggu di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC). Saya diIetakkan di Makmal Mikrobiologi di seksyen fungus.

Saya memang sentiasa teruja dengan organisma mikro. Ianya amat mengagumkan kerana dapat berkembang dengan cepat. SBC telah memberi peluang kepada saya untuk mengetahui lebih banyak mikroorganisma seperti fungus dan actinomyces melalui proses-proses seperti "seeding", "fermentation", "extraction" dan lain-lain. SBC menjadi inspirasi kepada saya dalam meneruskan lagi penyelidikan ke atas mikroorganisma dan keupayaannya untuk menambahbaik komunitinya.

Annie PassportMasa berlalu begitu cepat. Bagaikan tidak percaya yang tiga bulan latihan industri saya di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) berakhir begitu pantas. Tiga bulan ini bagaikan mimpi, mimpi yang diimpikan sejak saya masih kecil lagi. Terima kasih SBC kerana telah membantu saya mencapai impian saya ini.

Elvon BinawanSaya tidak dapat mengungkapkan dengan kata-kata betapa terujanya saya apabila diterima untuk menjalankan latihan industri di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC). Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada SBC kerana memberi peluang kepada saya untuk melakukan latihan industri di sini. Ini menjadikan 3 bulan saya yang paling bermakna buat saya. Sekarang, saya mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Kimia Sumber di UNIMAS, dan apa yang boleh saya katakan, SBC adalah organisasi yang paling sesuai untuk saya meperlatihkan kemahiran dan mempelajari sesuatu yang baharu dalam hidup ini.

Emy RitaLatihan industri di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) adalah satu pengalaman yang hebat. Apabila berjumpa dengan para pekerja SBC yang peramah, saya berasa lebih dialu-alukan dan selesa. Saya amat berbesar hati kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada SBC dan bersama-sama menjaga kepelbagaian biologi untuk hari esok seperti tertera pada "tagline"nya.

Hubungi Kami

Ketua Pegawai Eksekutif
KM20, Jalan Borneo Heights, Semengoh
Locked Bag No.3032, 93990 Kuching,
Sarawak, Malaysia.

Tel: +6 082 610610  |  Faks: +6 082 611535
Emel: biosar[at]sbc[dot]org[dot]my

Kunjungan

559064
Hari IniHari Ini295
SemalamSemalam1502
Minggu IniMinggu Ini3330
Bulan IniBulan Ini24690
KeseluruhanKeseluruhan559064

Teknologi rekabentuk responsif laman web kami yang dinamik membolehkan anda mengunjungi laman web ini dengan menggunakan pelbagai saiz paparan peranti anda.

Aplikasi Talikhidmat

Carian Popular

Ikuti Kami