Ahad, September 24, 2017

Pin It Button

GARIS PANDUAN UNTUK PROGRAM LATIHAN INDUSTRI

Pelajar-pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta adalah dipelawa untuk menyertai program latihan industri di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak.

KELAYAKAN

Pelajar yang sedang menjalani tahun ketiga atau tahun akhir pengajian dalam bidang berikut boleh memohon untuk penempatan latihan industri:

  • Sains Gunaan: Kimia Gunaan, Kimia Analitikal, Kimia Industri, Bioteknologi, Bio-informatik
  • Biologi / Sains Hayat: Biologi, Mikrobiologi, Biokimia, Biologi Molekular, Sains Tumbuhan, Botani
  • Komunikasi dan Media Massa
  • Grafik

SYARAT-SYARAT PROGRAM

  • Kemudahan berikut tidak akan disediakan untuk program latihan industri:
    • Elaun, bantuan kewangan ataupun apa-apa imbuhan berbentuk kewangan
    • Penginapan dan pengangkutan
    • Insurans dan perlindungan perubatan
  • SBC tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kemalangan atau kejadian yang tidak diingini yang mungkin berlaku semasa latihan industri
  • Maklumat yang diterima oleh pelajar semasa latihan industri hendak dianggap sebagai sulit dan tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak
  • Pelajar adalah dikehendaki untuk mematuhi semua peraturan dan prosedur pentadbiran SBC semasa menjalani latihan industri

CARA-CARA MEMOHON

Prosedur Permohonan

  • Muat turun borang permohonan rasmi latihan industri di sini
  • Isi maklumat yang dikehendaki di dalam borang berkenaan
  • Lekatkan gambar berukuran pasport di dalam borang berkenaan
  • Lampirkan dokumen-dokumen berikut:
    • Surat pengesahan / sokongan dari fakulti
    • Senarai lengkap kursus yang telah dan sedang diambil
    • Salinan transkrip akademik *salinan yang disahkan
    • Salinan NRIC (kedua-dua belah) *salinan yang disahkan
  • Hantarkan borang yang lengkap berserta lampiran ke:

Sarawak Biodiversity Centre
KM20 Jalan Borneo Heights, Semenggoh
Locked Bag No. 3032, 93990 Kuching, Sarawak
(Tel) : 082-610 610
(Fax) : 082-611 535
(Email) : biosar[at]sbc.org.my

  • Permohonan yang tidak lengkap ataupun permohonan yang mengandungi maklumat palsu tidak akan dipertimbangkan.
  • Jawapan rasmi akan dihantar kepada fakulti.
  • Pelajar yang ditawarkan penempatan di program latihan industri adalah dikehendaki untuk mengesahkan penerimaan 15 hari bekerja dari tarikh penerimaan surat tawaran.

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI:

Ms. Asha Devi Kaushal, Pegawai Komunikasi
biosar[at]sbc.org.my