Sarawak Biodiversity Centre

  • Besarkan saiz tulisan
  • Saiz default tulisan
  • Kecilkan saiz tulisan
Home Mengenai SBC Pengenalan SBC

Pengenalan kepada SBC

E-mail Cetak PDF

Kerajaan Negeri Sarawak telah menggubal Ordinan Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak pada tahun 1997.  Pada tahun berikutnya, Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) pula telah ditubuhkan untuk memulakan program-program pemuliharaan, penggunaan, kawalan dan pembangunan lestari kepelbagaian biologi di Sarawak.

Pada tahun 1998, Kerajaan Negeri juga telah menggubal Peraturan-peraturan Kepelbagaian Biologi Sarawak.  Pada masa itu, peranan SBC adalah tertumpu kepada kerja-kerja inventori dan pengawalan - juga selalu dikenali sebagai 'gatekeeper' kepada kekayaan kepelbagaian biologi di Sarawak oleh mereka yang ingin menembusi serta menjalankan kutipan ke atas sumber-sumber biologi di negeri ini sama ada untuk tujuan penyelidikan atau komersial.

Semasa penubuhan pusat ini iaitu di antara tahun 1998 dan 2003, negeri Sarawak telah menyedari potensi lain yang boleh diterokai daripada kekayaan sumber-sumber biologinya iaitu potensi untuk penyelidikan intensif berasaskan bioteknologi dan pembangunan produk daripada kepelbagaian sumber-sumber biologi yang meluas ini.  Pada bulan Disember 2003, Dewan Undangan Negeri telah meluluskan Ordinan Pusat Kepelbagaian Biologi (Pindaan) 2003 serta mengkaji semula dan meluluskan Peraturan Kepelbagaian Biologi Sarawak yang telah disemak semula pada tahun 2004. Pindaan ini telah melepaskan SBC daripada peranannya untuk menjalankan inventori dan menguatkuasakan penyelidikan kepelbagaian biologi secara umum.  Sebaliknya SBC telah diamanahkan untuk memulakan penyelidikan berasaskan bioteknologi dan pembangunan ke atas sumber-sumber biologi di Sarawak - dengan lebih jelas, sumber-sumber yang digunakan oleh komuniti-komuniti pribumi serta membantu mendokumentasi pengetahuan tradisional mereka yang semakin pupus ke atas penggunaan sumber-sumber ini.

 

Visi

Menjadi pusat tumpuan penyelidikan, penggunaan, inventori, pengawasan, pendidikan, pengurusan dan pemuliharaan sumber-sumber biologi Sarawak

 

Misi

Misi-misi SBC adalah:

  • mengenalpasti, menentukan keutamaan dan menjana program-program penyelidikan serta pengurusan dan penggunaan secara lestari akan sumber-sumber biologi di Sarawak termasuk bioprospek dan pembangunan produk
  • membantu mendokumentasi kegunaan-kegunaan tradisional sumber-sumber biologi oleh komuniti-komuniti pribumi di Sarawak
  • meningkatkan kesedaran dan penghargaan terhadap kekayaan kepelbagaian biologi di semua peringkat masyarakat
  • mendapatkan dan menyebarkan maklumat yang tepat dan terkini tentang kepelbagaian biologi di Sarawak
  • mewujudkan rangkaian hubungan dengan institusi-institusi tempatan dan luar negara yang mempunyai kepentingan yang serupa

Fungsi Utama

Fungsi utama SBC adalah:
  • melaksanakan program-program bioprospek terhadap kepelbagaian biologi asli negeri 
  • memudahkan dokumentasi Pengetahuan Tradisional terhadap pengurusan dan penggunaan kepelbagaian biologi dikalangan komuniti
  • pembiakbakaan tumbuh-tumbuhan asli Sarawak untuk pemulihan dan penghargaan
  • memelihara pangkalan data kepelbagaian biologi
  • menjalankan program-program penghargaan dan kesedaran bioteknologi-biodiversiti
  • merangka kajian yang berkaitan dengan kepelbagaian biologi yang mempunyai potensi komersial di Sarawak melalui Sistem Permit penyelidikan
  • mewujudkan rangkaian dengan organisasi yang mempunyai minat serupa

Program-program SBC

Bagi melaksanakan Fungsi Utama tersebut, SBC telah menjalankan program-program seperti berikut:
Dalam melaksanakan program-program tersebut, SBC berharap untuk:
  • menyumbang ke arah usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam pembangunan industri bioteknologi melalui gabungan pelbagai disiplin seperti kimia, biologi molekul dan biokimia
  • menyediakan komuniti asli tempatan dengan keupayaan pembinaan serta memberi kuasa kepada mereka untuk mendokumentasikan Pengetahuan Tradisional terhadap pengurusan dan penggunaan sumber-sumber biologi
  • mewujudkan pusat data bioinfomatik untuk kepelbagaian biologi, penyelidikan dan pembangunan, perpustakaan produk asli dan sistem inventori serta pangkalan data pengetahuan tradisional terhadap penggunaan tumbuh-tumbuhan asli oleh komuniti dalam Negeri
  • menyumbang ke arah peningkatan pengetahuan dan penyediaan maklumat yang tepat mengenai kepelbagaian biologi dan inisiatif bioteknologi Negeri dan sekaligus menyumbang kepada pengurusan dan penggunaan berlanjutan kekayaan kepelbagaian biologi Negeri

Kelima-lima program tersebut dilaksanakan sejajar dengan fungsi undang-undang yang telah ditetapkan dalam Ordinan Pusat Kepelbagaian Biologi (Pindaan) 2003 [Subseksyen 5 (c,f,g,h,i & j)].

Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 31 Januari 2012 12:03  

Log Masuk

Sila hubungi penyelia laman web mengenai maklumat log masuk untuk muat turun fail terhad.

Kaunter Pelawat

Jumlah lawatan:46347
Tarikh semenjak:2009-08-27