SBC menerima pelajar dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk melaksanakan latihan industri yang sesuai berasaskan keperluan fakulti masing-masing di Pusat Biodiversiti Sarawak. Pelajar yang menceburi dalam bidang-bidang berikut boleh memohon untuk menjalankan latihan industri di SBC.
- Sains Gunaan misalnya Bioteknologi, Bioinformatik, Kimia Analitik/Gunaan
- Sains Biology misalnya Biokimia, Biologi, Biologi Molekul, Mikrobiologi, Kimia Analitik, Kimia, Kimia Industri, Sains Tumbuhan, Botani
- Komunikasi massa
- Rekabentuk grafik
Prosedur permohonan adalah seperti dinyatakan dalam carta aliran di bawah.

Calon-calon yang berminat adalah diperlukan untuk memenuhi dan mengemukakan Borang Permohonana Latihan Industri bersama dengan dokumen-dokumen perlu seperti yang dinyatakan dalam Borang.
Carta berikut menunjukkan bilangan pelajar yang telah diterima untuk latihan industri dari tahun 2001 hingga tahun 2010.




Latihan Industri
